Perkara Asas Yang Wajib Difahami Sebelum Membaca Artikel Ini
Siri: Malaysia Bakal Diserang, Kerana Inilah Tanah Bani Israel
Untuk memahami mesej yang hendak disampaikan dalam penulisan ini, anda perlu membaca beberapa artikel asas yang telah saya sertakan. Artikel ini tidak berdiri sendirian. Ia dibina di atas satu rangka penulisan yang telah disusun lebih awal.
Ada beberapa perkara yang mesti jelas terlebih dahulu sebelum anda meneruskan bacaan.
Pertama, anda mesti boleh membezakan dengan benar antara Yahudi, Bani Israel dan Negara Israel.
Sekurang-kurangnya anda perlu mempunyai asas supaya tidak mencampuradukkan semua istilah ini seolah-olah semuanya membawa maksud yang sama.
Dalam siri ini, kita sedang membicarakan tentang keturunan Bani Israel yang hilang daripada rekod Yahudi, tetapi masih disebut dalam al-Quran. Kita bukan sedang membicarakan tentang Yahudi dan kita juga bukan sedang membicarakan tentang negara haram Israel.
Untuk memahami perbezaan ini, anda boleh membaca artikel berikut:
Yahudi, Bani Israel dan Negara Israel Bukan Perkara Yang Sama
Kedua, anda mesti tahu dan sedar bahawa Allah SWT telah menyatakan dalam Surah al-Ma’idah ayat 20 bahawa Bani Israel bukan bangsa yang lemah.
Mereka ialah keturunan yang mempunyai ramai nabi. Nenek moyang mereka dahulu pernah dijadikan mulūkan, iaitu bangsa yang memerintah, bukan bangsa yang diperintah.
Perkara ini penting kerana tanpa memahami kedudukan asal Bani Israel, pembaca akan mudah membaca isu ini dengan sangkaan lama, seolah-olah Bani Israel hanyalah bangsa tertindas, hamba abdi atau kaum yang tidak pernah memiliki kedaulatan.
Untuk memahami perkara ini, anda boleh membaca artikel berikut:
Pemulihan Maruah Bani Israel Selepas Perhambaan
dan
Bani Israel Dikembalikan Dari Hamba Abdi Menjadi Umat Berdaulat
Ketiga, anda mesti tahu dan sedar bahawa apabila perkara ini mula ditulis dan dibuka sebegini rupa, semua pihak sedang memerhati.
Baik pihak hitam mahupun putih, semuanya sedang melihat perkembangan ini.
Sebab itu anda perlu memahami 6 Fasa Putaran Kekhalifahan Manusia. Di Timur, di bumi yang pernah disebut penuh barakah, Allah sedang memulihkan semula umat akhir zaman agar memahami makna sebenar mulūkan, supaya kebangkitan itu berjalan di atas kesedaran sebagai sebuah umat yang berdaulat.
Memulih bukan sekadar membaiki. Dalam rangka besar sejarah umat, memulih boleh bermaksud sesuatu dimusnahkan terlebih dahulu, kemudian dibangunkan semula.
Keempat, anda mesti tahu bahawa Allah SWT di dalam al-Quran telah memerintahkan Nabi Musa membawa Bani Israel selepas mereka bebas daripada perhambaan Firaun menuju ke Masyāriqal Arḍ, iaitu bumi tempat terbit matahari, bukan ke Palestin.
Saya tidak boleh menghuraikan semua perkara itu dalam artikel ini kerana perbahasannya panjang. Lebih baik anda membaca sendiri siri yang telah saya susun sebelum ini:
Melaka Adalah Tanah Yang Dijanjikan
Kelima, anda mesti tahu bahawa penulisan ini bercakap tentang kita akan diserang, bukan kita akan memulakan perang.
Itu dua perkara yang sangat berbeza.
Artikel ini bergerak di atas premis bahawa serangan itu datang ke atas kita sebagai hukuman. Ia bukan perang yang kita pilih untuk mulakan. Maka, jangan baca artikel ini dengan kerangka bahawa kita sedang menyeru manusia untuk menyerang sesiapa. Bukan itu maksudnya.
Yang dibicarakan ialah amaran, hukuman, serangan yang datang dan persediaan kefahaman sebelum manusia menyaksikan sesuatu yang besar berlaku.
Keenam, anda mesti bersedia membaca artikel-artikel asas sebelum ini.
Sekali lagi saya tegaskan, artikel ini bukan berdiri sendirian. Ia dibina di atas satu rangka penulisan yang telah disusun lebih awal. Jika anda masuk ke bahagian ini tanpa membaca asas-asas sebelumnya, besar kemungkinan anda akan tersalah faham.
Jika perkara-perkara ini masih belum jelas, lebih baik anda berhenti dahulu. Pergi baca semula artikel-artikel asas yang telah saya sertakan.
Jika tidak, anda hanya akan membaca dengan kepala yang sudah penuh sangkaan. Akhirnya anda menolak sesuatu yang anda sendiri belum sempat faham.
Balas kepada: