Bani Israel

ADAKAH FIRAUN ADA ISTANA DI NUSANTARA?

November 25, 2025 966 1
Completed
Anggaran masa membaca
5 minit

Adakah Firaun Ada Istana di Nusantara?


Pernyataan Masalah: Adakah Al-Qur’an Memberi Dua Naratif Yang Kelihatan Bertentangan?

Al-Qur’an menggambarkan satu peristiwa besar dalam sejarah Bani Israel iaitu keluarnya mereka bersama Nabi Musa daripada negeri Firaun. Ayat-ayat seperti Surah ash-Shu‘arā’ 26:52-68, Surah Ṭāhā 20:77-78 dan Surah al-Baqarah 2:50 menegaskan bahawa Allah memerintahkan Nabi Musa membawa kaumnya keluar sehingga mereka menyeberangi laut dan Firaun ditenggelamkan.

Ayat-ayat ini secara zahirnya memberikan gambaran bahawa seluruh Bani Israel keluar bersama Musa. Gambaran umum ini timbul kerana al-Qur’an menekankan perintah keluar dan perjalanan menuju laut.

Namun apabila pembaca membaca ayat-ayat lain, mereka mendapati bahawa al-Qur’an juga menyebut Bani Israel mewarisi rumah, kebun, tanah dan bangunan Firaun selepas Firaun ditenggelamkan. Di sinilah timbul persoalan. Bukan kerana ayat-ayat itu bercanggah, tetapi kerana pembaca yang tidak mendalami konteks dan struktur bahasa Qur’an akan merasakan seolah-olah terdapat dua gambaran berbeza yang sukar disatukan.

Antara ayat paling jelas ialah Surah ash-Shu‘arā’ 26:57–59:

فَأَخْرَجۡنَٰهُم مِّن جَنَّٰتࣲ وَعُیُونࣲ

Lalu Kami keluarkan mereka (Firaun dan kaumnya) daripada taman-taman dan mata air

وَكُنُوزࣲ وَمَقَامࣲ كَرِیمࣲ

dan daripada perbendaharaan dan kediaman yang mulia.

كَذَٰلِكَ ۖ وَأَوۡرَثۡنَٰهَا بَنِی إِسۡرَ ٰ⁠ءِیلَ

Demikianlah Kami wariskan semua itu kepada Bani Israel.

Surah ash-Shu‘arā’ 26:57–5

Ayat ini menimbulkan satu persoalan besar iaitu:

Bagaimana Bani Israel boleh mewarisi bangunan dan tanah Mesir jika mereka semua telah keluar meninggalkan Mesir?

Jika seluruh Bani Israel bergerak bersama Nabi Musa, maka siapakah yang tinggal untuk menerima “pewarisan” fizikal yang disebut oleh Allah? Tambahan pula, al-Qur’an menegaskan bahawa kaum Firaun ditenggelamkan semuanya.

Maka siapa yang tinggal di Mesir?

Siapa pula yang menerima warisan itu?

Selain Surah ash-Shu‘arā’ 26:57–5, ayat lain yang popular iaitu Surah al-A‘rāf 7:137 juga berkaitan pewarisan:

وَأَوۡرَثۡنَا ٱلۡقَوۡمَ ٱلَّذِینَ كَانُوا۟ یُسۡتَضۡعَفُونَ مَشَارِقَ ٱلۡأَرۡضِ وَمَغَارِبَهَا

“Dan Kami wariskan kepada kaum yang ditindas (Bani Israel) sebahagian timur dan barat bumi…”

Petikan Surah al-A‘rāf 7:137

Jika ayat ini menunjukkan bahawa Bani Israel mewarisi kawasan timur dan barat, maka bagaimana pula pewarisan tempat tinggal, kebun dan bangunan-bangunan Firaun yang terletak di Mesir, iaitu zon tengah?


Ini membawa kita kepada beberapa persoalan penting yang seterusnya:

  • Jika sebaha­gian sahaja Bani Israel keluar bersama Musa, maka gambaran umum peristiwa melintas Laut merah selama ini perlu dikaji semula.

  • Jika pewarisan berlaku di wilayah lain, mengapa al-Qur’an menyebut bangunan-bangunan Firaun secara langsung?

  • Jika semua Bani Israel keluar, maka ayat pewarisan di Mesir menjadi semakin sukar difahami.

Selain itu, rekod sejarah moden juga menunjukkan bahawa Bani Israel tidak pernah menguasai Mesir walaupun secara sementara. Ini membuka ruang persoalan tambahan lagi:

  • Adakah benar semua Bani Israel beriman dan yakin dengan Nabi Musa lalu keluar serentak?

  • Adakah mungkin sebahagian Bani Israel kekal di Mesir atau berada di wilayah jajahan Mesir yang lain?

  • Adakah Firaun memiliki bangunan, kota atau koloni di luar Mesir yang termasuk dalam kategori “warisan” tersebut?


Semua soalan di atas membawa kepada satu pertanyaan intelektual yang besar:

Adakah ayat-ayat ini sedang membuka petunjuk terhadap pola pergerakan Bani Israel ke wilayah-wilayah timur, termasuk ke arah Nusantara adalah untuk mengambail alih koloni Firaun di alam Melayu?


Semua soalan di atas membawa kita kepada satu persoalan intelektual yang jauh lebih mendalam. Apa yang kelihatan seperti perbezaan antara dua kelompok ayat al-Qur’an mungkin sebenarnya sedang membuka bicara baru kepada pergerakan besar Bani Israel yang tidak pernah diteliti sebelum ini.

Jika pewarisan berlaku di Mesir, siapakah pewarisnya?

Jika pewarisan berlaku di wilayah timur dan barat, siapakah yang bergerak ke wilayah tersebut?

Jika sebahagian Bani Israel kekal di Mesir dan sebahagian lagi bergerak keluar, apakah tujuan sebenar pergerakan itu?

Adakah ia suatu penghijrahan biasa atau suatu mandat sejarah yang Allah tetapkan kepada mereka?


Pada tahap ini, timbul satu persoalan penting yang tidak boleh dielakkan:

Adakah ayat-ayat pewarisan ini sebenarnya sedang memberi petunjuk bahawa pergerakan Bani Israel bukan terhenti di gurun Sinai, tetapi berlanjutan menuju wilayah-wilayah timur untuk mengambil alih kawasan yang pernah berada di bawah kuasa Firaun, termasuk kemungkinan kewujudan koloni Mesir Purba di Alam Melayu?

Persoalan ini tidak bertujuan mengubah nas al-Qur’an, sebaliknya membuka ruang kajian bahawa sejarah Laut Merah dalam Al Quran mungkin lebih luas daripada gambaran biasa. Jika Mesir memiliki rangkaian koloni, pelabuhan atau tanah jajahan ke timur melalui laluan perdagangan Punt, maka pewarisan yang disebut al-Qur’an boleh jadi merujuk kepada suatu wilayah yang lebih besar daripada Mesir itu sendiri.


Dengan kata lain:

Adakah gerakan Bani Israel menuju ke timur merupakan sebahagian daripada pewarisan itu, dan adakah Nusantara termasuk dalam jaringan tanah timur yang diwariskan?

Jika ini benar, maka rentetan peristiwa dalam kisah Musa perlu dilihat dengan kanta pencarian yang lebih luas. Perjalanan Musa ketika melarikan diri sebelum diangkat menjadi rasul mungkin tidak terhad di sekitar Sinai dan Midian seperti yang dibayangkan tradisi akademik umum. Ia boleh jadi suatu perjalanan jauh ke arah timur menuju kawasan koloni Mesir Purba yang berada dalam jaringan Punt dan Saba’.

Dalam konteks ini, pertemuan Musa dengan Nabi Syuaib dan dua puteri itu berkemungkinan berlaku di salah satu wilayah timur yang berada dalam orbit pemerintahan Firaun, iaitu wilayah yang kelak berhubung terus dengan laluan laut menuju Nusantara. Ia juga sekaligus lebih senang untuk menjelaskan tempat pertemuan Nabi Musa dengan Khidir.

Percayalah bahawa maklumat dalam al-Qur’an amat menakjubkan. Ia tidak pernah mengandungi kekurangan dan tidak sesekali tersilap menggambarkan sejarah atau alam. Kitalah yang perlu merendah diri ketika membacanya. Apa sahaja yang kelihatan seperti percanggahan selalunya datang daripada kefahaman manusia yang belum lengkap. Sebab itu kita tidak boleh memperkecilkan ayat-ayat Allah, kerana apabila ayat-ayat itu dibuka satu demi satu, sejarah yang kita sangka sempit akan terbentang jauh lebih luas daripada sangkaan manusia.


Sokongan Kajian

Penulisan ini merupakan kajian eksklusif BAZ yang diterbitkan di laman rasmi:
https://beritaakhirzaman.com

Jika anda mahu bersama menyokong kajian mendalam, analisis linguistik dan kupasan sejarah yang tidak diterbitkan di mana-mana tempat lain, anda boleh memberikan tajaan sukarela melalui pautan berikut:
Klik untuk support kami

Sistem sokongan pembaca dijalankan melalui akaun ahli di laman web BAZ.

Log masuk ahli: https://member.beritaakhirzaman.com/login
Pendaftaran ahli (percuma): https://member.beritaakhirzaman.com/register

 

 

Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (1):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.