Diri

KEBENARAN TIDAK MEMERLUKAN KITA PERCAYA ATAU TIDAK

September 12, 2026 35 0
Completed
Anggaran masa membaca
5 minit 36 saat

Kebenaran Tidak memerlukan Kita Percaya Atau Tidak

Anda rasa saya tak runsing ke tentang bab akhir zaman ini, khususnya tentang pelbagai teori yang dirasakan sebagai petunjuk sehingga kita berpecah menjadi banyak kumpulan?

Saya melihat orang-orang yang selalu menghubungi saya secara private sering kali mengulangi apa yang telah saya buat dahulu.

Saya kongsikan perkara ini dan marilah sama-sama kita renungi diri di dunia yang penuh fitnah ini.

Dulu-dulu, di merata-rata tempat saya cedok. Pada zaman orang menjual ebook, pantang saya jumpa orang menjualnya, saya akan beli. Waktu itu, saya berharap penjelasan al-Quran dan hadis-hadis yang hadir dalam mimpi-mimpi saya akan ditemui di situ.

Apabila facebook mula membolehkan orang membuat group, semua group saya masuk.

Waktu itu juga zaman blogging. Semua blog saya baca.

Pada waktu itu, saya juga seorang pengkaji dan penulis. Apa yang saya buat, saya ambil semuanya daripada pelbagai sumber dan saya buat analisis. Saya rasa, kononnya, sayalah yang terpaling pada waktu itu.

Kan saya dah kata, ilmu itu hijab dan ujian.

Anda tahu tak apa bahayanya?

Ada dua keadaan.


Keadaan Pertama

Kita melihat semua orang menyatakan suatu topik A dengan hujah B.

Tiada seorang pun yang menyatakan hujah C, padahal kebenarannya ialah C.

Secara automatik, minda kita akan mentafsir dan menyimpulkan bahawa B itulah kebenaran.

Sebabnya, majoriti orang menggunakan hujah B.

Contoh: Majoriti orang bersetuju bahawa PBT akan memulakan kebangkitan Panji Hitam dari Timur di Timur dan menyerahkannya kepada IM.


Keadaan Kedua

Ada satu ciri dalam diri manusia, iaitu dia suka kepada keganjilan.

Apabila semua orang mengambil B, dia akan mengkaji C dan mengambil C sebagai kesimpulan daripada kajian yang dibuatnya sendiri.

Contoh: Semua orang tahu Kaabah di Mekah. Dia akan mengkaji Kaabah di Petra, Jordan apabila menerima berita ganjil.


Apabila Analisis Disangka Sebagai Petunjuk

Dua keadaan ini bahaya. Ia akan menyebabkan kita terperangkap bertahun-tahun lamanya sebelum tersedar. Saya sudah melaluinya dan sebahagian daripada anda juga sudah melaluinya.

Ketika saya membaca semua hadis yang berkaitan dengan akhir zaman dalam semua Kutub al-Sittah dan kitab-kitab lain, saya dapati ada satu masalah umum.

Tafsiran ulama adalah berdasarkan data semasa, pengetahuan semasa dan maklumat semasa. Teknologi pula dalam tempoh 30 tahun ini berkembang pesat.

Maksudnya, pemahaman dahulu tidak future dan holistik.

Bukan salah pengkaji atau ulama, tetapi pemahaman terhadap hadis ini terhad kepada apa yang dapat dijangka pada waktu tersebut.

Padahal, kadangkala ia bukan begitu dan perlu disemak semula oleh orang pada zaman kita.

Semasa semakan semula itulah, dua keadaan yang saya sebutkan di atas berlaku.

Kita akan terjumpa hasil kajian orang lain, lalu kita cedok-cedok dan jadikan ia sebagai info dalam kepala kita.

Kita pun menyangka, inilah petunjuk yang paling benar yang harus aku pegang.


Anda Tahu Tak Petunjuk Apa yang Paling Benar?

Anda tahu tak petunjuk apa yang paling benar? Tiada apa-apa petunjuk. Itulah yang paling benar.

Lupakan, buang dan kembali kepada Rabb. Biar Rabb membimbing kita. Itulah petunjuk yang haq.

Jangan seratus peratus percaya bulat-bulat kepada analisis kita kerana ia menjadikan kita meng“ada”kan diri kita, sedangkan kita tiada. Yang ada hanya Dia.

Mungkin ada daripada anda yang berkata saya berteori. Kena guna akal, kan?

Saya tanya anda dan tolong recall kembali memori-memori dalam minda anda, terutama bagi anda yang sudah lama follow BAZ dan menggunakan akal anda.

Bilakah anda mengenali As-Sa’ah dan siapakah yang mula-mula mengajak anda mengkaji As-Sa’ah daripada al-Quran?

Siapakah yang mengajak anda membincangkan topik hijrah ke Mekah? Bukankah semua orang menggunakan naratif bahawa PBT bangkit di Timur sebagai Bani Jawi?

Siapakah yang mula-mula mengajak anda berfikir bahawa Ad-Dukhan akan berlaku sebelum Imam Mahdi?

Bilakah anda mula mengenali Baksyatal Kubra dan siapakah yang mengajak anda berfikir tentang Baksyatal Kubra, iaitu pengepungan Mekah sebelum baiah?

Semua itu ialah contoh daripada al-Quran yang tidak pernah dibincangkan sebelum ini.

Saya juga tidak pernah menemuinya sepanjang belasan tahun saya dalam pengkajian ini.

Saya percaya anda kenal dan jumpa semua itu di BAZ, kan?

Saya nak beritahu anda, saya sendiri juga pertama kali mengetahuinya di BAZ. Susah untuk saya jelaskan bagaimana.

Yang terbaru, siapakah yang mengatakan PBT akan menunggu Panji Hitam dari Timur di Iraq?

Kemudian, siapakah yang memperkenalkan kepada anda bahawa tanda berlakunya As-Sa’ah adalah sejurus selepas batu dan pokok bercakap tentang Yahudi?

Saya tahu semua itu ialah perkara baharu.

Saya sudah lalui semua itu kerana ia ialah kaedah pemaksaan daripada Rabb selama berbelasan tahun lamanya.

Dahulu, saya sama seperti sebahagian daripada anda. Cedok dari situ, cedok dari sini, cari yang kena dengan selera.


Hakikat Kebenaran

Tetapi akhirnya saya sedar akan hakikat ini. 

Kebenaran tidak diukur berdasarkan jumlah orang yang percaya atau berdasarkan majoriti.

Jika kita mencari kebenaran dan melihat kepada bilangan orang, lalu kita simpulkan ia benar, hal itu tidak mengubah hakikat kebenaran.

Kebenaran tidak memerlukan kita percaya atau tidak.

Jika kita pandai-pandai membuat analisis sendiri, kita juga berpotensi untuk tersalah seperti saya yang pernah terperangkap dahulu.

Saya menulis post ini kerana saya ialah orang yang pernah melakukan semua kesilapan seperti yang sedang dilakukan oleh sebahagian daripada anda.

Walaupun tulisan saya ini agak berlagak sedikit, ikut koranglah nak terima atau tidak.

Saya bawa al-Quran daripada pelbagai surah seperti Surah Ad-Dukhan, Saba’, al-Anbiya’ dan lain-lain sepanjang berada di BAZ ini.

Saya mengajak anda berfikir dengan tujuan memberi peringatan dan amaran.

Jika anda tidak percaya kepada saya, percayalah kepada al-Quran dan pergilah sendiri kepadanya.

Dalam al-Quran ada sikap tertentu yang menjadi tanda bahawa anda telah menolak peringatan dan amaran. Saya sudah kupas perkara ini dalam siri Nusantara: Tanah Pemula Kebangkitan Akhir Zaman.

Saya ini bukan kisah sangat dan tidak hairan pun jika anda mempunyai pelbagai pendapat dan menolak, kerana perkara itu bukan dalam keutamaan tindakan saya ketika memberi peringatan. Tugas saya ialah deliver, bukan berdiskusi.

Saya sampaikan apa yang saya khuatirkan ini secara terus terang.

Jika anda berani menolak saya tanpa berfikir sedalam-dalamnya, sedangkan anda tidak mengenali saya pun, maka tidak mustahil kelak ketika hijrah, anda akan berjumpa dengan bakal IM yang belum dibaiah dan anda akan berdebat dengannya.

Saya tidak mahu perkara itu berlaku kepada anda. Darihal itulah saya mengingatkan anda dan diri saya sendiri.

Anda mungkin boleh menang jika beradu hujah dengannya. Anda menang kerana dia mengalah, bukan kerana dia kalah.

Sama ada anda menang atau kalah, saya rasa dia tidak kisah pun pada waktu itu.

Dia mungkin pemaaf. Apa yang saya takutkan dan khuatirkan, serta ingin saya pesankan ialah, belum tentu orang-orang di sekelilingnya yang ghaib itu pemaaf.

Belum tentu penduduk langit memaafkan anda yang bersikap tidak sopan terhadap kekasih Allah seperti IM.

Sebab itu, sekarang saya mengingatkan diri saya dan anda semua juga.

Saya tak mahu anda bekerja dengan penat, tetapi hujungnya mengecewakan.

Renung-renungkanlah. Jika anda rasa saya salah, unfollow jer. Lalu fokuskan kepada apa yang anda yakini.

Fokus pada satu jalan, bukan “berjudi” di banyak jalan. Rabb akan melihat kepada usaha kita.

Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (0):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.