Adam Di Alam Melayu: Penurunan Dari Jannah dan Asal Peradaban Manusia Menurut Al Quran
Manusia tidak bermula di padang pasir. Manusia tidak bermula di Mesopotamia. Dan manusia tidak bermula di Sri Lanka.
Al-Qur’an menyatakan bahawa Adam dan Hawa turun bersama-sama. Mereka hidup di bumi. Mereka mati di bumi. Mereka dibangkitkan semula dari bumi ini.
Al-Qur’an juga menyebut bahawa penurunan itu berpandu kepada hidayah. Ia bukan jatuh tanpa arah atau kebetulan sahaja. Ia adalah penempatan yang disengaja.
Maka persoalannya berbunyi:
Di bumi yang luas ini, di manakah Allah memijakkan kaki manusia pertama?
Adakah pada tanah yang subur airnya?
Adakah pada lembah yang menjadi pusat pelayaran awal manusia?
Adakah pada kawasan yang Allah sendiri sebut sebagai barokah dalam al-Qur’an?
Kajian ini akan membawa kita kembali kepada:
-
Ayat penurunan pertama manusia dalam Surah Al-Baqarah
-
Tiga alam manusia menurut Surah Al-A’raf
-
Penurunan bersama dalam Surah Ta-Ha
-
Premis hidayah sebagai petunjuk geografi
-
Tanda barokah sebagai penentu lokasi
Dan apabila semua dalil itu disusun semula tanpa riwayat luar, tanpa mitos tradisi, tanpa hikayat, tanpa manuskrip-manuskrip ciptaan manusia dan tanpa apa-apa andaian tambahan, maka arahnya menunjuk ke Nusantara.
Lebih tepat lagi, ke sebuah titik yang pernah menjadi jantung maritim dunia.
MELAKA
Apa yang saya tulis ini bukan atas angan-angan. Bukan atas cerita lisan. Tetapi atas perintah, susunan dan tanda yang Allah sendiri nyatakan dalam Al Quran. Saya cuma penyampai yang menyampai untuk umat akhir zaman.
Siri ini akan membuka semula pintu sejarah yang ditutup. Saya tidak akan menambah dan tidak akan mengurangkan. Ini hanya intro yang membuka apa yang telah tertulis.
Penghargaan
Penulisan ini berdiri atas sokongan para sahabat yang telah menaja pembelian sebuah laptop kerja baharu untuk pasukan kami. Tajaan ini telah pun mencukupi dan laptop tersebut akan dibeli serta digunakan khusus untuk penyelidikan, pengurusan teks, pembangunan sistem dan penulisan Team BAZ
Kami mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Sokongan ini bukan derma dan bukan pemberian kosong. Ia adalah penyertaan dalam kerja ilmu dan pembongkaran kefahaman.
Maka pendedahan ini adalah milik mereka yang menaja. Semoga setiap ilmu ini dibaca, difahami dan dijadikan asas pembongkaran yang lebih dalam, mengalirlah rahmat dari Allah yang tidak putus.
Balas kepada: