Bani Israel

LOST TRIBES ATAU THE LEFT TRIBES? SIAPA YANG MENENTUKAN BANI ISRAEL SEBAGAI “SUKU YANG HILANG”?

September 22, 2026 50 1
Completed
Anggaran masa membaca
2 minit 34 saat

Lost Tribes atau The Left Tribes? Siapa yang Menentukan Bani Israel sebagai “Suku yang Hilang”?

Sejarah selalunya ditulis oleh pihak yang mengawal naratif. Pihak yang mengawalnya biasanya ialah pihak yang menang, berkuasa dan mempunyai tujuan tertentu.

Siapa yang memegang naratif, dialah yang menentukan siapa dianggap sebagai kaum “asal”, siapa dianggap “sah”, siapa dikatakan telah “hilang” dan siapa pula tidak disebut langsung.

Inilah yang berlaku dalam kisah Bani Israel. Sehingga hari ini, masih ramai yang tidak dapat membezakan antara Yahudi, Bani Israel, Zionis dan negara haram Israel. Semua istilah ini dicampuradukkan seolah-olah membawa maksud yang sama, sedangkan setiap satunya mempunyai pengertian yang berbeza.

Dalam naratif Yahudi yang berpusatkan Jerusalem, mereka meletakkan diri mereka sebagai pusat kepada keseluruhan kisah Bani Israel. Seolah-olah merekalah satu-satunya kesinambungan Bani Israel yang masih wujud, manakala kelompok lain semuanya telah hilang.

Lalu, kelompok Bani Israel yang tidak tercatat dalam rekod mereka atau tidak termasuk dalam kerangka sejarah Jerusalem dilabel sebagai “Lost Tribes”, iaitu suku-suku yang hilang.

Namun, sekalipun istilah “Lost Tribes” tidak disebut dalam al-Quran, Bani Israel disebut begitu banyak sekali di dalamnya.

Jadi, sebenarnya tidak wujud persoalan tentang suku yang hilang.

Hilang daripada siapa?

Adakah mereka hilang daripada pengetahuan Allah?

Sudah tentu mustahil.

Apa yang berlaku ialah mereka hilang daripada rekod Yahudi, tidak dikenali dalam kerangka sejarah yang berpusatkan Jerusalem atau mungkin sengaja dikeluarkan daripada naratif supaya Jerusalem terus kelihatan sebagai satu-satunya pusat sejarah Bani Israel.

Sebab itulah penguasaan terhadap naratif sangat penting. Apabila Yahudi mengawal penceritaan melalui kerangka Jerusalem, hampir tiada siapa akan membangkitkan kemungkinan bahawa mereka sendiri sebenarnya hanyalah kelompok yang tertinggal, iaitu “The Left Tribes”, sedangkan kelompok Bani Israel yang lain telah bergerak jauh ke mashriq, ke timur-timur bumi dan ke wilayah-wilayah lain.

Orang yang fikirannya sudah “masak” dengan naratif Yahudi berpusatkan Jerusalem akan sukar menerima perbincangan tentang mashriq, timur-timur bumi dan barat-baratnya, Bani Israel di Nusantara serta kerangka Anbiya’-Centric.

Mengapa?

Kerana sejak awal mereka hanya mendengar sejarah daripada pihak yang memegang naratif Jerusalem. Apabila naratif itu diulang selama berabad-abad, ia akhirnya dianggap sebagai satu-satunya sejarah yang sah dan tidak boleh dipersoalkan.

Kemudian, apabila bukti atau sudut pandang lain dikemukakan, mereka segera mahu kembali berlindung di bawah pandangan ulama terdahulu.

Tetapi kita juga perlu bertanya: berapa ramai daripada ulama terdahulu yang membentuk kerangka sejarah tersebut pernah sampai ke Nusantara, menyelidiki geografinya, memahami sejarah tempatannya dan membandingkannya secara langsung dengan petunjuk al-Quran?

Mereka ialah generasi yang telah berlalu. Mereka tidak akan dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku pada generasi kita, sebagaimana firman Allah:

تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَلَكُمْ مَا كَسَبْتُمْ وَلَا تُسْأَلُونَ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Itulah suatu umat yang telah berlalu. Bagi mereka apa yang telah mereka usahakan dan bagi anda apa yang telah anda usahakan. Anda tidak akan ditanya tentang apa yang dahulu mereka kerjakan.”

Surah al-Baqarah 2:134

Generasi kitalah yang perlu menyemak, meneliti dan membetulkan semula naratif yang diwarisi. Kita tidak boleh sekadar mengulang kerangka sejarah Yahudi seolah-olah merekalah satu-satunya pihak yang berhak menentukan di mana sejarah Bani Israel bermula, berkembang dan berakhir.

Saya telah menghuraikan perkara ini dengan lebih panjang dalam artikel:

Bahagian 3 Siri Pertukaran Kiblat


(21 Jun 2026)

 

Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (1):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.