Agama Sangkaan : Pembongkaran Surah Al Kahfi 18:102 Terhadap Umat Akhir Zaman
Bahagian 1 - Alif (أ) dan Fa (ف)
Ayat ini bermula dengan huruf "أَ" iaitu bentuk pertanyaan yang menafikan sekaligus menegur. Allah itu Maha Mengetahui. Allah tidak bertanya kepada kita untuk Dia mengetahui apa status kita. Allah bertanya pada permulaan ayat al-Kahfi 18:102 ini adalah untuk mendedahkan kesilapan yang telah berlaku pada kita semua. Ini Allah sedang menegur kita sekarang pada ayat ini.
Dalam konteks akhir zaman pula apabila baginda Nabi Muhammad SAW menyuruh kita membaca Al Kahfi, maka pertanyaan Allah ini kita sentiasa kita ulang. Dengan itu kita akan berpotensi untuk membongkar dan memahami kesilapan kita yang kita buat khususnya sebagai umat akhir zaman apabila kita tadabbur dan menjadi Ulul Albab.
Pertanyaan ini disambung dengan huruf "فَ" yang berfungsi sebagai penghubung sebab daripada ayat sebelumnya iaitu 18:101 yang telah kita bincangkan.
Dengan membaca bersama perbincangan 18:101, kita akan dapat memahami struktur penuh "أفحسب" dalam frasa “أفحسب الذين كفروا” akan membawa maksud seperti berikut:
“Maka setelah mereka buta terhadap zikir dan tuli terhadap wahyu, adakah mereka menyangka…?”
Dengan itu, frasa ini tidak berdiri sendiri dan ayat 18:102 perlu di baca bersama ayat sebelumnya iaitu 18:101. Orang Islam melakukan kekafiran berterusan akhirnya menyebabkan diri mereka sendiri menjadi buta dan pekak. Kebutaan dan kepekakan itu pula menjadi mereka "menyangka" bukan "mengira". Mereka yang terputus dari wahyu dan terhindar dari petunjuk telah menggantikan "kebenaran" dengan "sangkaan" dalam diri mereka sendiri termasuklah menyangka mereka Islam padahal mereka kafir.
Setiap artikel di bawah platform Berita Akhir Zaman (BAZ) dihasilkan melalui penyelidikan penuh masa tanpa tajaan mana-mana institusi. Penulisan ini lahir daripada usaha mencari kebenaran berdasarkan ayat al-Qur’an dan hadis yang sahih untuk membina kefahaman umat manusia tentang realiti akhir zaman.
Jika anda merasakan penulisan ini bermanfaat, jadikanlah sokongan anda sebagai sebahagian daripada jihad ilmu. Sumbangan anda membantu kami menampung kos pengurusan, pembangunan laman web, penyelidikan lanjutan, penyediaan versi video dan suara, serta pengurusan operasi agar operasi ini terus hidup.
Balas kepada: