Agama Sangkaan : Pembongkaran Surah Al Kahfi 18:102 Terhadap Umat Akhir Zaman
Bahagian 4 - Frasa a fa hasiballaziina kafaruuu أَفَحَسِبَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ
Kita telah meneliti sepatah demi sepatah perkataan dalam frasa pertama ayat 18:102.
Frasa أَفَحَسِبَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا membawa maksud yang sangat dalam bahawa kekufuran tidak selalu bermula dengan penolakan Tuhan, tetapi bermula dengan sangkaan terhadap Tuhan.
Perkataan ḥasiba (menyangka) dan kafarū (menutup) telah digandingkan oleh Allah SWT dalam satu ayat untuk menunjukkan perhubungan sebab dan akibat dalam diri manusia apabila manusia mula menyangka, maka maka manusia mula menutup dan apabila manusia mula menutup, maka manusia pun menjadi kafir.
Kafarū (كَفَرُوا) dalam Surah al-Kahfi 18:102 bukan sekadar istilah sejarah, tetapi gambaran rupa kepada keadaan manusia akhir zaman iaitu tahu akan kebenaran, tetapi tetap menolaknya, masih beragama, tetapi berpaut pada sangkaan dan akhirnya menilai Tuhan dengan ukuran akalnya sendiri.
Maka jelaslah firman Allah أَفَحَسِبَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا merupakan pertanyaan dalam bentuk teguran dari Allah terhadap manusia yang mengira kebenaran boleh dihisab oleh akal, sedangkan hanya Allah yang berhak melakukan hisab terhadap manusia.
Maksud sebenar di sebalik frasa أَفَحَسِبَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا adalah "Maka setelah mereka buta terhadap zikir, dan tuli terhadap wahyu, apakah mereka menyangka wahai orang-orang yang selalu kafir?"
Inilah bentuk kufur yang lahir daripada pemikiran sendiri berupa penolakan terhadap kebenaran wahyu bukan kerana benci kepada Tuhan, tetapi kerana yakin bahawa akal lebih layak menentukan apa itu kebenaran. Di sinilah bermulanya keruntuhan akidah apabila sangkaan manusia mengambil alih tempat wahyu Allah.
Setiap artikel di bawah platform Berita Akhir Zaman (BAZ) dihasilkan melalui penyelidikan penuh masa tanpa tajaan mana-mana institusi. Penulisan ini lahir daripada usaha mencari kebenaran berdasarkan ayat al-Qur’an dan hadis yang sahih untuk membina kefahaman umat manusia tentang realiti akhir zaman.
Jika anda merasakan penulisan ini bermanfaat, jadikanlah sokongan anda sebagai sebahagian daripada jihad ilmu. Sumbangan anda membantu kami menampung kos pengurusan, pembangunan laman web, penyelidikan lanjutan, penyediaan versi video dan suara, serta pengurusan operasi agar operasi ini terus hidup.
Balas kepada: