Bahagian II: Perang Diam dan Pendedahan
Bab 14: Bagaimana Sihir Menembusi Jiwa
Kita tahu bahawa jin masuk ke dalam tubuh manusia seperti angin, berjalan di dalam darah dan pergi ke seluruh jasad. Namun bagi sesiapa yang pernah lama diserang sihir akan tahu apa maksudnya saluran darah itu adalah lebuhraya bagi jin.
Para jin ini ada sistem mereka sendiri. Mereka hanya menggunakan salur darah sebagai jalan pergerakan mereka. Daripada jalan itu mereka beroperasi jauh lebih dalam menembusi setiap lapisan kesedaran manusia.
Bagi orang yang terkena sihir, kita rasa kita hidup, kita menghirup udara, seharian kita bekerja serta kita makan dan tidur seperti biasa. Tetapi pada hakikatnya, kita mungkin hanyalah host atau perumah kepada makhluk yang hidup pada kehidupan kita. Apa yang saya cakapkan ini bukan mitos, bukan kisah rekaan dan juga bukan perumpamaan. Ia adalah realiti yang tersembunyi dalam alam diri kita yang mana saya telah sendiri lalui secara realiti.
Pengalaman Kesedaran yang Diceroboh
Menguji kebenaran kepada sesuatu perkara adalah penting memandangkan sihir bukanlah perkara yang boleh dirujuk kepada ramai orang.
Pernah pada suatu masa, saya berhenti bercakap menggunakan lisan. Saya diam sepenuhnya. Saya hanya menulis mesej di WhatsApp atau di notepad, lalu menunjukkan kepada isteri dan anak-anak tanpa suara. Kami padam selepas membaca, tidak dihantar dan tidak direkodkan. Isteri dan anak-anak jika mahu bercakap pun melakukan perkara yang sama iaitu menulis, menunjukkan dan memadamkan setelah baca.
Namun tetap berlaku juga. Apa yang kami fikir, apa yang kami rasa dan apa yang saya rancang, semua sampai juga kepada mereka.
Mereka siap membalas dengan sindiran di media sosial, sampai keluar story yang menjawab perbincangan di dalam diri saya,
seolah-olah mereka mendengar setiap monolog dalam diri.
Sistem Bluetooth Diri Dengan Alam Ghaib
Saya tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan bahagian ini dengan cara yang mudah, tetapi perbandingan paling hampir ialah dengan sistem Bluetooth. Ia tidak kelihatan, namun wujud dan aktif apabila dua peranti dibuka dalam lingkungan frekuensinya.
Anggaplah diri manusia seperti satu peranti yang mempunyai sistem sambungan rohani. Apabila hati sedang lalai, marah, kecewa, takut atau lemah, ketika itu sistem dalam diri mula terbuka. Jika terdapat entiti ghaib di sekitar yang berada pada frekuensi yang sama, sambungan boleh berlaku tanpa sedar.
Dalam dunia sihir, inilah yang dipanggil “pintu masuk”. Dan bila pairing berlaku, jin akan:
-
Mendengar fikiran anda.
-
Merasai emosi anda.
-
Menyalin perasaan anda.
-
Menghantar semula maklumat itu kepada penyihir.
Sebab itu, bila anda bangun pagi, anda rasa seperti diri disabotaj. Emosi tidak stabil, hati mudah benci pada pasangan, fikiran jadi ragu terhadap orang yang anda sayang dan lidah jadi ringan menyebut perkara yang tidak wajar.
Anda rasa itu datang dari diri anda, padahal itu hasil sambungan ghaib yang sedang aktif. Itu bukan anda. Itu sihir.
Sistem sihir bukan perkara mistik yang kabur. Ia berfungsi dengan prinsip yang hampir sama seperti sistem komunikasi.
Mereka menggunakan maklumat yang diperoleh daripada diri anda sendiri.
Mereka gunakan:
-
getaran suara anda,
-
getaran hati anda,
-
getaran perasaan anda,
untuk “connect” dengan anda sendiri.
Apabila sambungan itu berjaya, mereka boleh mengakses gelombang kesedaran yang lebih dalam.
Di situlah gangguan bermula. Mimpi jadi kucar-kacir, fikiran mudah terganggu, emosi tidak menentu dan hubungan sesama manusia mula retak.
Apa yang perlu dibuat?
Matikan Bluetooth.
Maknanya, jaga hati anda. Jangan lalai, jangan marah berlebihan, jangan pendam dendam. Hati yang tenang sukar disambungkan oleh makhluk ghaib.
Reset sistem anda.
Gunakan zikir, istighfar, mandi dengan air ruqyah yang anda buat sendiri, atau lakukan rukyah sendiri. Tujuannya bukan hanya untuk sembuh, tetapi untuk memutuskan sambungan yang telah berlaku.
Pasang firewall.
Baca doa pagi dan petang, amalkan ayat pelindung dan tunaikan solat tepat pada waktunya. Semua itu bukan amalan kosong. Ia ialah tembok ghaib yang tidak kelihatan oleh mata, tetapi ditakuti oleh mereka yang hidup di alam rahsia.
Apabila sistem ini dijaga dengan sedar, sambungan ghaib tidak akan bertahan lama.
Jin tidak boleh bertapak dalam diri yang dipenuhi zikir dan kesedaran terhadap Allah.
Mereka hanya dapat masuk apabila hati dibiarkan terbuka tanpa kawalan.
Penutup Bab:
Anda bukan robot. Anda manusia yang Allah beri kesedaran dan pilihan. Namun sedarkah anda bahawa kesedaran itu boleh dicuri apabila anda tidak menjaganya?
Bluetooth rohani ini bukan rekaan dan bukan juga kiasan. Ia adalah sistem komunikasi yang benar-benar digunakan oleh makhluk halus untuk menembusi lapisan kesedaran manusia. Ia beroperasi secara senyap, memanfaatkan kelemahan emosi dan kelalaian rohani untuk membuka sambungan tanpa izin.
Ramai tidak sedar mereka sudah connected kerana gangguannya tidak datang dalam bentuk yang kasar, tetapi dalam bentuk fikiran, perasaan dan reaksi yang diubah dari dalam.
Jin dan penyihir tidak perlu menyentuh anda untuk masuk. Mereka hanya perlu anda lalai. Apabila hati terbuka, mereka menghantar isyarat. Apabila anda membalas dengan marah, dendam atau keluhan, sambungan pun terbina.
Sebab itu, penjagaan hati bukan sekadar urusan ritual semata-mata, tetapi langkah pertahanan diri jua. Zikir, solat, istighfar dan bacaan doa bukan hanya ibadah, tetapi sistem keselamatan batin yang memutuskan akses makhluk halus kepada kesedaran manusia.
Bluetooth rohani perlu dimatikan setiap kali anda sedar hati sedang terganggu. Itulah disiplin seorang mukmin yang mahu bebas daripada kawalan sistem ghaib.
Dalam bab seterusnya, saya akan kongsikan tentang makhluk-makhluk tertentu yang digunakan secara fizikal untuk menjadi penyampai, perakam dan pengintip.
Bukan sahaja lalat dan cicak, tetapi juga manusia yang menjadi medium dalam sistem sihir moden.
Jumpa nanti dalam Bab 15: Siapakah yang Mengintip?
Manuskrip Kisah Sihir ini adalah sebuah dokumentasi pengalaman sebenar, hasil penelitian berterusan terhadap isu sihir, penyakit hati, serta kesannya dalam kehidupan masyarakat. Ia bukan karya fiksyen atau sekadar catatan pengalaman peribadi, tetapi satu usaha merakam fakta, analisis dan realiti pertembungan antara dunia nyata dan alam ghaib.
Setiap bab disusun berdasarkan pemerhatian, pengalaman rawatan, pengumpulan data, serta rujukan kepada sumber-sumber yang relevan. Tujuannya adalah untuk membongkar struktur sihir, kaedah serangan, serta kesan psikologi, rohani dan sosial yang sering tidak dibincangkan secara terbuka.
Misi ini tidak mungkin dapat diteruskan tanpa sokongan anda.
Setiap sumbangan, kecil atau besar, berfungsi sebagai sumber kewangan untuk memastikan penulisan, penyelidikan, dan pendedahan ini dapat diteruskan. Ia menjadi tenaga untuk kami menghasilkan dokumentasi yang sistematik, konsisten, dan boleh diakses oleh masyarakat yang benar-benar mencari kebenaran.
📌Klik Untuk Menyokong Penulisan Manuskrip Kisah Sihir
Jika anda belum lagi mendaftar sebagai ahli BAZ sila ke link di bawah ini:
📌Klik Untuk Mendaftar sebagai Ahli - PERCUMA!
Tajaan boleh dilakukan melalui pautan setiap bahagian manuskrip.
Jika anda sudah berdaftar, pautan tersebut akan membawa anda terus ke halaman tajaan.
Jika belum, anda akan dibawa ke halaman pendaftaran dahulu (percuma).
1. Bahagian II: Taktikal Pertahanan dan Serangan Balas
📘 20 Episod 🔗 Tajaan Bahagian II
2. Bahagian III: Struktur Dunia Ghaib dan Hierarki Jin
📘 20 Episod 🔗 Tajaan Bahagian III
3. Bahagian IV: Pemulihan, Penyucian dan Pesanan
📘 22 Episod 🔗 Tajaan Bahagian IV
4. Bahagian V: Refleksi Diri Seorang Khalifah
📘 8 Episod 🔗 Tajaan Bahagian V
Setiap sumbangan adalah sebahagian daripada usaha pendidikan dan jihad ilmu. Anda bukan sekadar pembaca, tetapi penyumbang kepada sebuah projek dokumentasi yang membongkar realiti sihir dan penyakit hati di tengah masyarakat.
Semoga setiap sokongan anda menjadi amal jariah yang memberi manfaat, melindungi daripada keburukan, serta membawa keberkatan di dunia dan akhirat.
Balas kepada: