Manuskrip Kisah Sihir — Ujian Seorang Khalifah di Medan Zahir dan Ghaib

BAHAGIAN II BAB 16: RANGKAIAN PENGUPAH DAN TUKANG SIHIR ELIT

348 1
Ongoing
Anggaran masa membaca
10 minit 34 saat

Bahagian II: Perang Diam dan Pendedahan

Bab 16: Rangkaian Pengupah dan Tukang Sihir Elit

 

Dulu saya menyangka bila sihir berlaku, ia hanya melibatkan dua orang sahaja. Seorang pengupah dan seorang tukang sihir. Satu yang berniat menghantar dan satu lagi yang melaksanakan kerja sihir. Namun pengalaman yang saya lalui sendiri telah mengubah tanggapan itu sepenuhnya.

Sihir pada masa kini bukan lagi kerja dua individu tersebut sahaja. Ia bergerak dalam bentuk rangkaian yang tersusun dan saling menggantikan antara satu sama lain. Bila satu gagal, ada yang lain mengambil alih. Bila satu jatuh, satu lagi akan meneruskan kerja yang sama. Ia berfungsi seperti satu sistem yang hidup dan beroperasi secara berterusan.

Saya menamakan mereka sebagai Tukang Sihir Elit. Bukan kerana mereka kaya atau ternama pun, tetapi kerana mereka tahu dengan tepat apa yang mereka lakukan. Mereka memahami sistem tenaga manusia, mengenal corak emosi manusia dan tahu cara mengawal kesedaran mangsa dari jauh. Golongan ini bukan lagi bermain dengan jampi atau tangkal semata-mata, tetapi mengendalikan manusia melalui teknologi, psikologi, maklumat dan sambungan ghaib yang mereka cipta sendiri.


Bagaimana Saya Menyedarinya

Saya mula menyedari perkara ini ketika saya memulangkan satu sihir yang saya sudah kenal arah datangnya. Beberapa hari kemudian, serangan lain pula datang dari arah yang berbeza. Gangguannya serupa sahaja tetapi sumbernya lain. Saya tahu kerana simptomnya sama, cuma tenaga yang menggerakkannya terasa datang daripada individu lain.

Sejak itu saya mula mencatat setiap kejadian dan membandingkan antara satu dengan yang lain. Saya perhatikan setiap kali saya merawat diri sendiri satu kes demi satu kes, gangguan baharu akan muncul dari tempat yang lain pula. Dalam masa beberapa minggu, saya mula melihat corak yang jelas. Sihir itu tidak digerakkan oleh individu tunggal yang diupah. Mereka saling berhubung dan beroperasi dalam satu sistem yang tersusun.

Keadaan ini seperti sebuah kartel. Ada beberapa pengupah sihir yang berniat tidak baik terhadap saya. Ada juga dalam kalangan mereka yang melakukannya sendiri tanpa mengupah sesiapa. Bagi mereka yang mempunyai kemampuan kewangan, mereka mengupah lebih daripada seorang tukang sihir dan kekuatan sihir yang dihantar pula bergantung kepada nilai upah yang dibayar.


Siapa yang Mereka Guna

Sepanjang pemerhatian saya, saya pernah melihat empat jenis manusia yang terlibat dalam sistem ini sama ada secara sedar atau tanpa mereka sedar.

Yang pertama ialah pengupah. Mereka inilah yang mempunyai niat menjatuhkan seseorang. Kadang-kadang mereka tidak faham bahawa apa yang mereka lakukan sudah sampai ke tahap kufur. Mereka hanya mengikut nasihat orang tertentu yang mendakwa tahu cara cepat menyelesaikan masalah hidup. Niat asalnya mungkin sekadar mahu menundukkan musuh atau mendapatkan kembali sesuatu yang hilang, hendak kasih sayang, jawatan atau kuasa tetapi akhirnya mereka terlibat dalam kerja yang memutuskan hubungan mereka dengan Allah.

Yang kedua ialah tukang sihir sebenar. Mereka inilah pelaksana utama dalam rangkaian. Ada yang belajar daripada sumber luar, ada yang mewarisi ilmu itu turun-temurun dan ada juga yang terpedaya oleh jin. Mereka tidak berpakaian pelik atau tinggal di tempat terpencil seperti yang sering dibayangkan. Kebanyakan mereka hidup seperti manusia biasa, ada pekerjaan, ada akaun media sosial dan bergaul seperti orang lain. Bezanya, mereka tahu cara menggunakan nama, gambar dan maklumat peribadi seseorang untuk membuka sambungan ghaib bagi tujuan sihir.

Yang ketiga ialah pembekal. Golongan ini tidak melakukan sihir secara langsung, tetapi mereka membekalkan bahan yang digunakan untuk melaksanakannya. Ada yang menjual barang pelik di internet, ada yang mengambil upah mencari bahan seperti darah, minyak, abu, rambut atau tanah kubur. Mereka tahu bahan itu akan digunakan untuk tujuan yang salah tetapi tetap menjualnya kerana keuntungan lebih penting daripada dosa. Ada juga yang membekalkan maklumat berkenaan data-data target yang mahu di sihir.

Yang terakhir ialah manusia perantara. Inilah golongan yang paling bahaya kerana kadang-kadang mereka terdiri daripada orang yang rapat dengan kita sendiri. Mereka tidak sedar bahawa mereka sedang digunakan. Ada yang dijadikan sebagai host atau perumah sahaja. Ada yang digunakan untuk menghantar atau membawa bahan sihir, dan ada juga yang hanya perlu berada berdekatan untuk memantau sistem itu berfungsi. Dalam banyak keadaan, mereka hanyalah alat yang dikawal tanpa mereka sedar bahawa kehadiran mereka sudah menjadi pintu kepada gangguan ghaib. Kadangkala pengupah sihir juga bertindak sebagai orang pengantara.


Bagaimana Mereka Bekerja

Melalui pengalaman yang berulang kali saya lalui, saya mula faham bahawa sihir bukan sesuatu yang terlalu mistik. Mereka kuat bukan kerana mereka perkasa tetapi kerana kita yang lemah. Ia sebenarnya berfungsi seperti satu sistem komunikasi yang bergantung kepada tenaga dan maklumat. 

Golongan ini mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber. Ada maklumat yang mereka peroleh daripada media sosial dan ada pula daripada orang terdekat dengan mangsa. Apabila mereka sudah mendapat data tentang seseorang, maka mereka tahu bila waktu individu itu paling lemah. Waktu kecewa, marah, sedih atau putus asa menjadi masa paling mudah untuk sambungan sihir diaktifkan kerana ketika itu emosi terbuka dan benteng diri berada pada tahap paling rendah.

Mereka tidak perlu hadir di hadapan rumah atau melihat mangsa secara fizikal. Cukup sekadar memiliki nombor telefon, gambar atau nama penuh, sistem itu sudah boleh berfungsi. Ia berjalan apabila tenaga dalaman mangsa berada dalam keadaan lemah dan tidak stabil. Jin jahat akan menjalankan kerja mereka untuk manusia jahat.

Saya pernah mengalaminya sendiri. Sepertimana yang saya pernah katakan, setiap kali saya memulangkan satu serangan, akan muncul pula tindak balas daripada arah lain. Kejadiannya seperti pasukan gantian yang mengambil giliran. Saya boleh rasa perubahan tenaga itu berlaku. Kadang-kadang serangan datang dengan kuat, kemudian senyap untuk seketika sebelum muncul semula dengan bentuk yang lain. Dari situ saya sedar bahawa mereka tidak bekerja bersendirian tetapi beroperasi dalam satu sistem yang tersusun dengan giliran dan hierarki tertentu.


Kenapa Saya Cerita Semua Ini

Saya memilih untuk menceritakan perkara ini kerana ramai orang yang sedang berperang dengan sihir tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang berhadapan dengan satu rangkaian bukannya individu. Kebanyakan menganggap sihir itu datang daripada seorang pelaku, lalu berfikir satu rawatan sudah cukup untuk memutuskan gangguan. Padahal sihir moden bergerak melalui beberapa lapisan yang saling menggantikan antara satu sama lain.

Sebab itu apabila satu sihir dipulihkan, akan muncul satu lagi yang baharu. Bila satu keadaan mula tenang, gangguan lain pula datang mengacau. Ia tidak pernah berhenti kerana sistem itu mempunyai pengganti yang akan terus hidup selagi ada saluran diri kita yang terbuka.

Semua ini berfungsi kerana adanya manusia yang menjadi laluan. Ia bukan semata-mata kerja jin. Sihir hanya hidup apabila manusia membenarkan dirinya terbuka untuk disambungkan. Manusia yang lemah dan manusia yang jahat.

Manusia yang lemah ialah mereka yang tidak sedar diri mereka sedang digunakan dan disasarkan. Mereka mudah dipengaruhi kerana emosi mereka tidak stabil. Rasa iri, marah dan kecewa yang tidak diurus menjadikan mereka pintu terbuka yang mudah dimasuki. Mereka tidak berniat jahat, tetapi mereka tidak berhati-hati. Akibatnya, mereka menjadi alat atau sasaran tanpa sedar.

Manusia yang jahat pula ialah mereka yang sedar apa yang sedang berlaku. Mereka tahu mereka sedang menjadi sebahagian daripada sistem itu dan mereka menikmatinya. Mereka tidak semestinya penyihir, tetapi mereka bersubahat. Mereka tahu siapa yang melakukan kerja itu, mereka tahu apa yang sedang disasarkan dan mereka rela membantu kerana hati mereka sudah dikuasai oleh kebencian kepada sesuatu dan tamak pada dunia.

Golongan ini menjadi penyambung tenaga yang paling kuat dalam sistem sihir kerana mereka bukan sahaja terbuka secara emosi, tetapi juga secara kehendak. Mereka membenarkan dirinya menjadi saluran. Mereka mengulang cerita, menyebarkan fitnah, mencetuskan perbalahan dan memanaskan emosi orang lain supaya sistem itu kekal hidup. Mereka inilah “tentera syaitan” dalam bentuk manusia.

Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan tetap meneruskannya. Mereka tidak takut kepada dosa kerana hati mereka sudah keras. Mereka rasa puas bila orang lain menderita. Itulah jenis manusia yang memberi nafas kepada sistem sihir. Selagi mereka wujud dan terus memberi tenaga melalui kebencian serta hasad dengki, selagi itulah sistem itu berfungsi walaupun jin yang menggerakkannya sudah tiada.

Yang menakutkan ialah rupa mereka sama seperti orang lain. Mereka bukan berpakaian pelik dan bukan juga tinggal jauh dari masyarakat. Kehidupan sosial mereka kelihatan normal. Mereka bersosial, bergelak ketawa dan beramah mesra seperti manusia biasa. Mereka boleh jadi sahabat rapat, rakan sepejabat, jiran atau kenalan yang kita percayai. Namun di sebalik senyum dan perbualan mereka, ada hati yang telah menjadi saluran kepada kegelapan. 

Apabila emosi manusia seperti ini dibiarkan berleluasa, pintu sihir akan sentiasa terbuka. Ia bukan lagi serangan dari luar, tetapi wabak yang merebak dari hati ke hati. Maka pengawalan diri bukan sekadar untuk bertahan daripada sihir, tetapi untuk menutup laluan yang digunakan oleh manusia yang telah memilih kegelapan sebagai jalan sesat di dunia.


Apa Saya Buat

Saya berhenti menganggap mereka sebagai musuh individu. Saya mula melihat mereka sebagai satu sistem yang bergerak dengan disiplin dan beroperasi seperti rangkaian yang hidup. Saya tidak lagi merawat gangguan dengan cara membuang atau membalas cara biasa, tetapi dengan strategi yang lebih tersusun.

Langkah pertama yang saya ambil ialah mengawal diri sendiri. Saya pastikan saya tidak memberi tenaga kepada sistem itu. Saya tidak membalas marah dengan marah, tidak melayan rasa takut dan tidak menyimpan dendam. Saya belajar menjadikan hati saya kosong daripada semua tenaga negatif kerana sistem sihir tidak boleh hidup tanpa tenaga emosi manusia. Apabila hati tenang, mereka kehilangan sambungan yang mereka perlukan.

Langkah kedua ialah menutup semua laluan maklumat. Saya berhenti berkongsi hal peribadi, saya jaga apa yang saya tulis dan saya kawal apa yang saya fikir. Bukan kerana saya takut atau curiga kepada semua orang, tetapi kerana saya tahu sihir berfungsi apabila kita sendiri membocorkan maklumat tentang diri kita. Setiap perkataan yang keluar, setiap keluhan yang disebut, boleh menjadi pintu untuk sistem itu menjejak semula sambungan yang kita cuba putuskan.

Langkah ketiga ialah saya mengubah cara saya berdoa. Saya tidak lagi meminta supaya mereka hancur, sebaliknya saya meminta supaya Allah memberi saya faham untuk mematikan sistem yang mereka hidupkan. Saya faham bahawa jika hanya seorang jatuh tetapi sistemnya masih hidup, serangan akan datang semula. Musuh sebenar bukan manusia itu sendiri, tetapi sambungan yang mengikat mereka dengan tenaga kegelapan. Yang perlu dimatikan bukan orangnya, tetapi sistem yang memberi mereka kekuatan.


Penutup Bab

Akhirnya saya faham bahawa sihir bukan kerja satu orang. Ia adalah kerja rangkaian manusia dan jin yang saling bergantung antara satu sama lain. Mereka boleh berada di mana-mana dan boleh muncul dalam bentuk siapa pun, termasuk dalam diri orang yang kita percaya selama ini.

Namun daripada semua pengalaman itu, saya belajar sesuatu yang lebih penting. Sistem mereka hanya hidup kerana manusia memberi ruang. Ia bergantung kepada pintu yang kita buka melalui emosi, marah, takut, dengki dan kecewa. Apabila manusia menutup ruang itu dengan zikir, doa dan kesedaran terhadap Allah, sistem sihir akan kehilangan sumber tenaganya lalu mati perlahan-lahan.

Saya tidak lagi melihat sihir sebagai keajaiban hitam yang mistik atau misteri, tetapi sebagai satu sistem jenayah yang hanya boleh hidup apabila manusia membenarkan dirinya menjadi sebahagian daripadanya. Jika hati manusia kuat, sihir akan gagal. Jika hati manusia lalai, sihir akan tumbuh berkembang.

Dalam bab seterusnya, saya akan menceritakan tentang seseorang yang saya kenal sejak lama yang akhirnya dipilih oleh Allah untuk menyaksikan sendiri kebenaran semua ini. Ia menjadi bukti bahawa apa yang saya lalui bukan halusinasi dan bukan juga cerita rekaan, tetapi satu peristiwa yang benar-benar berlaku di antara dunia nyata dan dunia ghaib.

Anda dah sedia untuk baca Bab 17: Bila Sahabat Lama Dipilih Menjadi Saksi


 

Manuskrip Kisah Sihir ini adalah sebuah dokumentasi pengalaman sebenar, hasil penelitian berterusan terhadap isu sihir, penyakit hati, serta kesannya dalam kehidupan masyarakat. Ia bukan karya fiksyen atau sekadar catatan pengalaman peribadi, tetapi satu usaha merakam fakta, analisis dan realiti pertembungan antara dunia nyata dan alam ghaib.

Setiap bab disusun berdasarkan pemerhatian, pengalaman rawatan, pengumpulan data, serta rujukan kepada sumber-sumber yang relevan. Tujuannya adalah untuk membongkar struktur sihir, kaedah serangan, serta kesan psikologi, rohani dan sosial yang sering tidak dibincangkan secara terbuka.

Misi ini tidak mungkin dapat diteruskan tanpa sokongan anda.

Setiap sumbangan, kecil atau besar, berfungsi sebagai sumber kewangan untuk memastikan penulisan, penyelidikan, dan pendedahan ini dapat diteruskan. Ia menjadi tenaga untuk kami menghasilkan dokumentasi yang sistematik, konsisten, dan boleh diakses oleh masyarakat yang benar-benar mencari kebenaran.

📌Klik Untuk Menyokong Penulisan Manuskrip Kisah Sihir

Jika anda belum lagi mendaftar sebagai ahli BAZ sila ke link di bawah ini:

📌Klik Untuk Mendaftar sebagai Ahli - PERCUMA! 

 

Tajaan boleh dilakukan melalui pautan setiap bahagian manuskrip.
Jika anda sudah berdaftar, pautan tersebut akan membawa anda terus ke halaman tajaan.
Jika belum, anda akan dibawa ke halaman pendaftaran dahulu (percuma).


1. Bahagian II: Taktikal Pertahanan dan Serangan Balas
📘 20 Episod 🔗 Tajaan Bahagian II

2. Bahagian III: Struktur Dunia Ghaib dan Hierarki Jin
📘 20 Episod 🔗 Tajaan Bahagian III

3. Bahagian IV: Pemulihan, Penyucian dan Pesanan
📘 22 Episod 🔗 Tajaan Bahagian IV

4. Bahagian V: Refleksi Diri Seorang Khalifah
📘 8 Episod 🔗 Tajaan Bahagian V


 

Setiap sumbangan adalah sebahagian daripada usaha pendidikan dan jihad ilmu. Anda bukan sekadar pembaca, tetapi penyumbang kepada sebuah projek dokumentasi yang membongkar realiti sihir dan penyakit hati di tengah masyarakat.

Semoga setiap sokongan anda menjadi amal jariah yang memberi manfaat, melindungi daripada keburukan, serta membawa keberkatan di dunia dan akhirat.

Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (1):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.