Fenomena Kebutaan Penglihatan dan Ketulian Pendengaran Umat Islam Akhir Zaman

FRASA Fī GHIṭāʾIN ʿAN DHIKRī (فِي غِطَاءٍ عَن ذِكْرِي) DALAM AL KAHFI 18:101

1,474 0
Ongoing
Anggaran masa membaca
4 minit 9 saat

FENOMENA KEBUTAAN PENGLIHATAN DAN KETULIAN PENDENGARAN UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN

Fī ghiṭāʾin ʿan dhikrī (فِي غِطَاءٍ عَن ذِكْرِي) Dalam Al Kahfi 18:101

 

Frasa ini menggambarkan keadaan di mana manusia berada di dalam satu lapisan penutup yang memisahkan kesedaran mereka daripada Allah. Ia bukan penutupan pada mata atau telinga, tetapi pada saluran yang menghubungkan pandangan kepada wilayah zikir.

Dalam bahasa teknikal untuk lebih senang faham adalah, cahaya masih sampai ke mata, mata menerima cahaya dan menukarkan kepada isyarat ke otak dan diproses otak. Namun hasil pandangan itu tidak lagi menembusi hati. Mereka melihat segala sesuatu, tetapi tidak nampak apa-apa. 

Frasa فِي غِطَاءٍ عَن ذِكْرِي ini terdiri daripada dua bahagian utama iaitu:

1.  Fī ghiṭāʾin (فِي غِطَاءٍ) - "di dalam selaput".

2.  ʿAn dhikrī (عَن ذِكْرِي) - "daripada mengingati-Ku"

Mari kita tengok satu demi satu.


Fī ghiṭāʾin (فِي غِطَاءٍ)

Perkataan غِطَاء (ghiṭāʾ) bermaksud menutupi, menyelubungi atau menghalangi sesuatu sehingga cahaya atau kesannya tidak lagi sampai kepada apa yang ditutup itu.

Ia bukan sekadar “penutup” yang bersifat fizikal, tetapi satu lapisan yang menyelubungi seluruh kesedaran kognitif manusia, menahan cahaya makna daripada masuk ke dalam diri. Mereka tidak berada di bawah penutup itu, tetapi berada di dalamnya seolah-olah hidup dalam sebuah ruang yang terpisah daripada cahaya kebenaran.

Apa yang disebutkan ini adalah sejajar dengan maksud firman Allah dalam Surah al-Baqarah 2:7:

خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ... وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ

Allah telah mengunci hati mereka… dan atas penglihatan mereka ada penutup.

Petikan Surah al-Baqarah 2:7

Ghiṭāʾ ini bukan dipasang oleh Allah secara langsung, tetapi terhasil akibat keingkaran berulang kali terhadap peringatan dan ayat-ayat-Nya.


ʿAn dhikrī (عَن ذِكْرِي)

Huruf عَنْ (ʿan) menandakan pemisahan dan jarak yang disengajakan bukan sekadar lupa, tetapi terputus hubungan daripada sumber peringatan.

Perkataan ذِكْرِي (zikrī) bermaksud mengingat, menyedari, menyebut dan mengambil peringatan. 

Zikr dalam al-Qur’an khususnya al Kahfi 18:101, boleh di fahami melalui ayat-ayat di bawah. Tertutup dalam ayat ini bermaksud tertutup daripada memahami realiti ayat-ayat di bawah. Ini sebahagian daripada contoh:

1) Ayat qauliyyah = wahyu dan nas

  1. Al-Ḥijr 15:9 — “Sesungguhnya Kami yang menurunkan adz-dzikr dan Kamilah yang memeliharanya.” Di sini dzikr = al-Qur’an.
  2. Yā Sīn 36:69–70 — al-Qur’an disebut “illa dzikr wa Qur’ān mubīn”, iaitu peringatan yang menjelaskan.
  3. Ṣād 38:87 — “In huwa illā dzikr lil-‘ālamīn.” Juga menegaskan wahyu sebagai dzikr.

2) Ayat kauniyyah = alam dan fenomena

  1. Āli ‘Imrān 3:190–19 — orang yang berzikir ketika berdiri, duduk, baring, lalu berfikir tentang ciptaan langit dan bumi. Zikr beroperasi melalui renungan alam.
  2. Yūnus 10:6 — silih-bergantinya malam dan siang adalah āyāt bagi kaum yang bertakwa.
  3. Fuṣṣilat 41:53 — “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda Kami di ufuk-ufuk…” yang mengembalikan manusia kepada kebenaran.

3) Ayat nafsiyyah = diri dan hati sendiri

  1. Adz-Dzāriyāt 51:21 — “Dan pada diri kamu sendiri, apakah kamu tidak melihat.”
  2. Qāf 50:37 — “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada dzikrā bagi orang yang punya hati.”
  3. Fuṣṣilat 41:53 — sambungan ayat tadi, “…dan pada diri mereka.” Tanda dalaman menguatkan dzikr.

Sebagai tambahan lagi, ini juga ayat-ayat yang boleh membantu memahami ʿAn dhikrī dan tertutup dari ʿAn dhikrī:

  1. Al-Kahf 18:57 — orang yang diingatkan dengan āyāt Rabb-nya lalu berpaling. Ini menunjukkan dzikr mencakup pengingatan melalui tanda-tanda Allah, bukan hanya bacaan lisan.
  2. Ṭāhā 20:124 — siapa yang berpaling daripada dzikr-Ku, kehidupannya sempit. Ini selaras dengan 18:101 yang menggambarkan terputusnya saluran dzikr.

Jadi, tidak kiralah samada zikri yang merujuk kepada ayat-ayat qauliyyah atau kauniyyah atau nafsiyyah, semuanya merujuk kepada sumber peringatan dari Allah samada melalui kitab-Nya, melalui alam semesta atau melalui fitrah hati ke qalbu manusia. Bila berlaku sahaja “فِي غِطَاءٍ عَنْ ذِكْرِي” seperti mana dinyatakan dalam al-Kahfi 18:101, ketiga-tiga saluran ini terputus serentak.


Rumusan gabungan frasa fī ghiṭāʾin ʿan dhikrī فِي غِطَاءٍ عَن ذِكْرِي

Gabungan dua unsur yang telah kita perbincangkan di atas iaitu فِي غِطَاءٍ dan عَن ذِكْرِي menggambarkan satu keadaan di mana maklumat dan cahaya masih sampai ke pancaindera, tetapi tidak lagi diterjemahkan menjadi kesedaran ketuhanan walaupun mereka Islam.

Mereka melihat cahaya (ray) dan imej sampai ke otak, namun makna rohani dan tauhid tidak menembusi ṣadr (dada) dan tidak sampai ke qalb (inti hati) iaitu tempat sebenar zikir beroperasi. Walaupun mereka melihat seluruh alam dengan mata, tetapi tidak menembusi hakikat kerana mereka mendengar ayat, tetapi tidak menyerap maknanya ke jiwa. 

Ini yang kita takut, jika kita sebahagian dari mereka masih menggunakan mata (‘ayn), tetapi hanya sebagai alat biologi sahaja untuk kegunaan seharian, tetapi bukan lagi sebagai saluran pemahaman untuk memahami hakikat menuju makrifatullah. Melihat dunia, namun tidak lagi melihat Tuhan di sebalik dunia itu walaupun mulut dan amal dilihat sebagai seorang muslim.


Jadilah Penyokong Misi Ini

Setiap artikel di bawah platform Berita Akhir Zaman (BAZ) dihasilkan melalui penyelidikan penuh masa tanpa tajaan mana-mana institusi. Penulisan ini lahir daripada usaha mencari kebenaran berdasarkan ayat al-Qur’an dan hadis yang sahih untuk membina kefahaman umat manusia tentang realiti akhir zaman.

Jika anda merasakan penulisan ini bermanfaat, jadikanlah sokongan anda sebagai sebahagian daripada jihad ilmu. Sumbangan anda membantu kami menampung kos pengurusan, pembangunan laman web, penyelidikan lanjutan, penyediaan versi video dan suara, serta pengurusan operasi agar operasi ini terus hidup.

Klik di sini untuk membantu kami

Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (0):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.