Kupasan Al Quran

FENOMENA KEBUTAAN PENGLIHATAN DAN KETULIAN PENDENGARAN UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN

November 03, 2025 7,727 1
Completed
Anggaran masa membaca
4 minit 9 saat

FENOMENA KEBUTAAN PENGLIHATAN DAN KETULIAN PENDENGARAN UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN

“Dah ‘wake up’ tapi masih terperangkap.”


Manusia hari ini hidup dalam dunia yang terang tetapi berjalan dalam gelap. Setiap hari mata mereka terbuka memandang spektrum cahaya namun hakikatnya mereka tidak lagi melihat. Telinga mereka menangkap suara dan bacaan nasihat al-Qur’an tetapi makna wahyu al kitab itu tidak lagi menembusi hati. Mereka tahu nama Allah mereka menyebut-Nya, mereka berbicara tentang agama tetapi sistem zikir yang sepatutnya menghubungkan penglihatan pendengaran dan hati kepada Pencipta sudah lama terputus. Inilah penyakit yang Allah gambarkan dalam Surah al-Kahfi ayat 101 penyakit yang tidak kelihatan di tubuh tetapi menular di jiwa.

Hari ini, ramai umat Islam sudah mula “sedar”. Kesedaran sudah wujud. Mereka tahu tentang tanda-tanda akhir zaman, tahu siapa Dajjal, tahu tentang sistem global, riba, media dan pelbagai permainan kuasa dunia. Namun, kesedaran itu belum membebaskan mereka. Mereka “wake up”, tetapi masih hidup di bawah sistem yang sama, percaya pada sumber yang sama, dan menilai dunia dengan cara yang sama.

Itulah yang Allah rakamkan dalam Surah al-Kahfi ayat 101. Ayat ini bukan menggambarkan orang kafir di luar Islam tetapi umat Islam yang memiliki wahyu al-Quran namun tidak lagi menilai kehidupan berdasarkan wahyu itu. Mereka beriman kepada ayat Al Quran tetapi kafir terhadap maknanya.

ٱلَّذِينَ كَانَتۡ أَعۡيُنُهُمۡ فِي غِطَآءٍ عَن ذِكۡرِي وَكَانُوا۟ لَا يَسۡتَطِيعُونَ سَمۡعًا

“(Iaitu) mereka yang matanya tertutup daripada mengingati-Ku, dan mereka tidak berdaya untuk mendengar (kebenaran).”

Surah al-Kahfi, 18:101


Ayat ini datang selepas rentetan kisah besar dalam Surah al-Kahfi. Ia bermula dengan runtuhnya tembok Zulkarnain (18:98), keluarnya Yakjuj dan Makjuj (18:99) serta diperlihatkannya Jahannam (18:100). Akhirnya Allah meneruskan dengan fenomena manusia yang nampak tetapi tidak faham dan dengar tetapi tidak sedar.

Fenomena inilah yang sedang berlaku sekarang. Kita hidup dalam zaman yang sama dengan konteks ayat ini. Dunia kini terbuka kepada percampuran manusia dan fitnah maklumat tanpa sempadan. Umat Islam kini sedang hidup dalam fasa terdedah di mana ilmu ada banyak tetapi kefahaman itu sukar. Mereka menilai kebenaran berdasarkan algoritma bukan berdasarkan wahyu Allah. Mereka mencari Tuhan dalam teori tetapi tidak berjumpa dalam rukuk dan sujud. Mereka berzikir dengan bibir tetapi tidak bersemarak di qalbu.

Mata mereka masih berfungsi tetapi pandangannya sudah kehilangan makna. Telinga mereka masih menangkap bunyi tetapi frekuensinya tidak lagi selaras dengan kebenarannya. Hati mereka menjadi sunyi. Cahaya sampai ke retina tetapi tidak sampai ke qalbu. Bunyi wahyu Allah sampai ke telinga tetapi tidak menghasilkan getaran taqwa. Mereka hidup dalam selaput ghaib yang memisahkan diri mereka daripada zikrī iaitu peringatan dan kesedaran daripada Allah. Mereka tidak sedar bahawa inilah tanda kebutaan diri yang Allah sebut sebagai peringkat terakhir sebelum kehancuran rohani.

Masalahnya bukan pada dunia yang terlalu bising tetapi pada hati manusia yang sudah tidak mampu menangkap frekuensi gema kebenaran. Sistem fī ghiṭāʾin ʿan dhikrī telah menjadi tabiat global. Segala bentuk pengetahuan, hiburan dan politik telah bergabung membina selaput yang menutup manusia daripada mendengar suara hakikat. Maka apabila wahyu Allah dibacakan kepada mereka, ia kedengaran seperti suara yang jauh dan asing. Tilawah hanya tilawah.


Nabi S.A.W telah memberikan jalan keluar sejak 1400 tahun lalu iaitu Surah al-Kahfi. Baginda tidak menyuruh bacaan Surah lain setiap minggu, hanya surah ini kerana inilah manual perlindungan akhir zaman.

“Sesiapa membaca sepuluh ayat pertama daripada Surah al-Kahfi akan terlindung daripada fitnah Dajjal.”

Sahih Muslim, Hadith 809a

Hadis ini bukan hanya anjuran bacaan tetapi satu protokol perlindungan. Dajjal menipu manusia melalui persepsi dengan menukar maklumat menjadi fitnah dan fitnah menjadi kebenaran. Surah al-Kahfi mengajar manusia menapis penglihatan dan pendengaran supaya tidak tertipu oleh sistem dunia.

Namun membaca tanpa memahami tidak memberi perlindungan. Menghafal tanpa tadabbur hanya menjadikan manusia tahu ayat tetapi tidak faham maksud. Allah tidak menutup mata dan telinga mereka tanpa sebab. Mereka sendiri menutupnya apabila meninggalkan al-Quran sebagai zikrī iaitu peringatan yang sebenar.

Inilah realiti “dah wake up tapi masih terperangkap.” Sedar mereka bukan kerana zikir Allah tetapi kerana algoritma maklumat. Mereka menentang Dajjal tetapi membina semula sistem Dajjal dalam bentuk baru.


Siri ini ditulis untuk menjelaskan bagaimana fenomena ini bermula, bagaimana ia berfungsi dan bagaimana ia boleh dipulihkan berdasarkan struktur Surah al-Kahfi ayat 98 hingga 101. Ia bukan siri kesedaran tetapi siri analisis yang berpaksikan ayat Al Quran hadis dan rasional untuk kita sama-sama berfikir.

Jika anda mahu faham mengapa umat Islam hari ini nampak kebenaran tetapi tetap tersilap jalan, dan mengapa Surah al-Kahfi menjadi satu-satunya “manual bertahan” yang Nabi S.A.W pesan setiap minggu,
maka anda mesti baca siri ini hingga ke akhirnya melalui link di bawah ini.


Jadilah Penyokong Misi Ini

Setiap artikel di bawah platform Berita Akhir Zaman (BAZ) dihasilkan melalui penyelidikan penuh masa tanpa tajaan mana-mana institusi. Penulisan ini lahir daripada usaha mencari kebenaran berdasarkan ayat al-Qur’an dan hadis yang sahih untuk membina kefahaman umat manusia tentang realiti akhir zaman.

Jika anda merasakan penulisan ini bermanfaat, jadikanlah sokongan anda sebagai sebahagian daripada jihad ilmu. Sumbangan anda membantu kami menampung kos pengurusan, pembangunan laman web, penyelidikan lanjutan, penyediaan versi video dan suara, serta pengurusan operasi agar operasi ini terus hidup.

Klik di sini untuk membantu kami

ISI KANDUNGAN

Allazīna (ٱلَّذِينَ) Dan Kedudukan Dalam Konteks 18:98 hingga 18:101

Surah al-Kahfi ayat 101 bukan sekadar menggambarkan orang kafir di luar Islam. Ia adalah diagnosis terhadap umat Islam akhir zaman yang mengenal Allah tetapi tidak lagi berfikir atau berzikir kepada-Nya. Ayat ini membongkar siapa sebenarnya golongan “allazīna” yang matanya tertutup daripada zikrullah walaupun mereka masih membaca, mengajar dan bercakap tentang agama. Inilah fenomena kebutaan rohani yang sedang melanda umat Islam hari ini — sedar tetapi masih terperangkap dalam sistem yang sama.

Isnin, November 03, 2025
1,599 0

Frasa kānat aʿyunuhum (كَانَتۡ أَعۡيُنُهُمۡ) Dalam Al Kahfi 18:101

Frasa kānat aʿyunuhum dalam Surah al-Kahfi 18:101 menjelaskan bagaimana penutupan mata yang dimaksudkan oleh Allah bukan bersifat fizikal tetapi rohani. Ia menggambarkan keadaan di mana kesedaran manusia telah lama tertutup daripada cahaya kebenaran akibat penolakan berulang terhadap ayat-ayat Allah. Mata masih melihat dunia tetapi tidak lagi menilai maknanya. Artikel ini menghuraikan makna sebenar frasa ini dan bagaimana ia menjadi tanda kebutaan rohani umat Islam akhir zaman.

Isnin, November 03, 2025
1,450 0

Frasa Fī ghiṭāʾin ʿan dhikrī (فِي غِطَاءٍ عَن ذِكْرِي) Dalam Al Kahfi 18:101

Frasa fī ghiṭāʾin ʿan dhikrī dalam Surah al-Kahfi 18:101 menggambarkan manusia yang terperangkap dalam selaput ghaib yang memisahkan kesedaran daripada Allah. Mata mereka masih melihat dan telinga masih mendengar, tetapi makna wahyu tidak lagi sampai ke qalbu. Cahaya dan bunyi sampai ke pancaindera tetapi tidak diterjemahkan menjadi zikir. Artikel ini menjelaskan bagaimana penutupan itu berlaku bukan secara tiba-tiba, tetapi hasil daripada penolakan berulang terhadap peringatan Allah hingga seluruh sistem kesedaran manusia tertutup daripada kebenaran.

Isnin, November 03, 2025
1,469 0

Frasa Wa kānū lā yastathīʿūna samʿan (وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعًا) Dalam Al Kahfi 18:101

Frasa Wa kānū lā yastathīʿūna samʿan dalam Surah al-Kahfi 18:101 menggambarkan manusia yang kehilangan keupayaan untuk mendengar kebenaran walaupun telinga mereka masih berfungsi. Suara wahyu sampai, tetapi tidak lagi menembusi hati. Getaran makna tidak lagi beresonansi dalam jiwa kerana frekuensi kebenaran telah ditolak berulang kali. Artikel ini menghuraikan bagaimana manusia boleh hidup dalam keadaan mendengar tetapi tidak memahami, berbicara tentang agama tetapi terpisah daripada zikir, hingga akhirnya terputus dari sistem kesedaran Ilahi yang membezakan antara cahaya dan gelap.

Isnin, November 03, 2025
1,201 0

Rumusan Keseluruhan Surah al-Kahfi 18:101

Ayat 18:101 dalam Surah al-Kahfi bukan hanya kisah tentang orang kafir tetapi satu diagnosis rohani terhadap manusia akhir zaman yang hidup dalam Islam namun terputus daripada zikrullah. Mata mereka melihat tetapi tidak memahami, telinga mereka mendengar tetapi tidak menyerap makna, dan hati mereka tidak lagi bergetar dengan cahaya wahyu. Inilah zaman apabila manusia menganggap diri beriman sedangkan seluruh sistem kesedaran mereka telah tertutup. Artikel ini menghuraikan makna empat frasa utama dalam ayat ini yang mendedahkan bagaimana manusia boleh tahu kebenaran tetapi tidak lagi tunduk kepadanya.

Isnin, November 03, 2025
361 1
Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (1):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.