Nusantara

MELAKA ADALAH TANAH YANG DIJANJIKAN

Disember 13, 2025 23,816 1
Ongoing
Anggaran masa membaca
51 saat

Melaka Adalah Tanah Yang Dijanjikan

Melaka bukan sekadar kota sejarah. Ia tanah yang dijanjikan dalam wahyu kepada keturunan para nabi dan raja yang pernah memerintah dunia. Di sinilah kebangkitan Islam dari Timur akan bermula, sebagaimana janji Allah kepada Bani Israel yang kini bersemayam di bumi Melayu. Siri Melaka Adalah Tanah Yang Dijanjikan menyingkap rahsia perpindahan amanah dari Barat ke Timur dan kebangkitan semula bangsa wahyu di akhir zaman.

Bacalah siri ini dari awal dan ikuti setiap kupasan dengan hati yang terbuka. Mungkin di antara baris-barisnya, anda akan temui asal usul sebenar bangsa anda dan misi besar yang Allah sembunyikan di tanah ini.


Sokongan Kajian

Penulisan ini adalah kajian eksklusif milik BAZ di laman web:
https://beritaakhirzaman.com

Sekiranya anda ingin terus menyokong kajian dan kupasan eksklusif seperti ini, anda boleh membuat tajaan secara sukarela di pautan berikut:
https://member.beritaakhirzaman.com/sponsorship/create/pengurusan-dan-pembangunan-platform-baz

Sistem sokongan pembaca dijalankan melalui akaun ahli di laman web BAZ.

Log Masuk Ahli:
https://member.beritaakhirzaman.com/login

Pendaftaran Ahli (Percuma):
https://member.beritaakhirzaman.com/register

ISI KANDUNGAN

Bahagian 1 : Kerosakan Agama Yahudi dan Nasrani Dalam Tempoh Terputus Kenabian

Bab ini menjelaskan bagaimana agama Yahudi dan Nasrani berubah ketika tiada Rasul baharu diutus selepas Nabi Isa diangkat. Taurat dan Injil masih ada tetapi kefahaman terhadap wahyu menjadi kabur. Ulama mula menguasai tafsiran agama dan manusia mula mengikut tradisi tanpa tabayyun. Kerosakan ini membuka jalan kepada fitnah besar Dajjal dan di sinilah Allah mengutus Nabi Muhammad SAW sebagai pembetulan terakhir. Pembaca akan melihat bagaimana sejarah ini berkait dengan tanggungjawab Ahlil Kitab hari ini serta hubungannya dengan tanah yang dijanjikan.

Rabu, November 12, 2025
1,796 0

Bahagian 2 : Pemulihan Maruah Bani Israel Selepas Perhambaan

Selepas berabad diperhambakan oleh Firaun, Nabi Musa mengingatkan Bani Israel bahawa mereka bukan bangsa lemah. Mereka keturunan para nabi dan bangsa yang pernah memiliki kedaulatan di bumi. QS Al-Mā’idah 5:20 bukan sekadar sejarah, tetapi seruan untuk memulihkan maruah dan jati diri agar mereka kembali memahami asal-usul wahyu serta tanggungjawab terhadap amanah Allah. Artikel ini menelusuri bagaimana pemulihan itu menjadi asas kepada misi besar menuju tanah yang dijanjikan.

Rabu, November 12, 2025
1,494 1

Bahagian 3 : Bani Israel Dikembalikan Dari Hamba Abdi Menjadi Umat Berdaulat

Selepas berabad-abad menjadi hamba di bawah Firaun, Allah mengurniakan kepada Bani Israel satu nikmat yang tidak pernah diberikan kepada mana-mana bangsa lain. Mereka dikurniakan kedudukan mulūkan seperti yang disebut dalam Al-Mā’idah 5:20, satu gelaran yang melambangkan kedaulatan, kebebasan dan tanggungjawab besar di sisi Allah. Bahagian ini menyingkap makna sebenar “mulukan” dan bagaimana konsep itu menjadi asas kepada kebangkitan semula umat yang berdaulat di Timur.

Rabu, November 12, 2025
2,001 0

Bahagian 4 : Kurniaan Agung Dari Allah Kepada Bani Israel

Kajian ini mendedahkan sesuatu yang jarang dibicarakan walaupun ia berada di depan mata kita. Bani Israel tidak pernah dijanjikan Palestin dalam Surah al Maidah 5:20. Sebaliknya Allah menyatakan bahawa mereka diwariskan seluruh timur bumi dan barat bumi seperti dalam al Araf 7:137. Penemuan ini mengubah arah kajian tanah yang diberkati kerana timur itu tidak merujuk kepada Syam. Timur itu membawa kita ke Nusantara. Di sinilah rahsia besar sejarah akhir zaman kembali tersingkap dan Melaka muncul semula sebagai pusat mulukan yang pernah dijanjikan. Pembaca akan melihat al Quran bergerak sebagai peta sejarah yang hidup dan bukannya sekadar kitab bacaan.

Khamis, November 13, 2025
1,712 0

Bahagian 5 : Antara Masyrik Dengan Maghrib Mengapa Musa Pilih Masyrik

Selepas Firaun tenggelam Allah membuka hanya satu arah untuk masa depan Bani Israel iaitu timur. Barat membawa mereka kembali kepada kuasa taghut manakala timur membawa mereka kepada tanah suci yang telah Allah tetapkan. Palestin tidak pernah menjadi destinasi Musa kerana ia berada di arah barat dan tidak pernah dimasuki Musa menurut Surah al Maidah 5:26. Artikel ini menjelaskan mengapa mashriq ialah tanah yang dijanjikan berdasarkan dalil yang jelas.

Jumaat, November 14, 2025
1,576 0

Bahagian 6 : Tanah Yang Diberkati

Ramai menyangka Palestin ialah tanah yang diberkati dan tanah yang dijanjikan namun al Quran tidak pernah menyebut demikian. Selama beratus tahun kita diajar untuk menyokong naratif yang sebenarnya digunakan Zionis dan tanpa sedar kita mengulang dakwaan mereka. Apabila al Quran dihimpunkan mengikut susunan Allah dan bukan sejarah moden gambaran sebenar muncul iaitu hanya sebahagian kecil tanah di bumi diberi gelaran barakah dan semuanya ditetapkan sejak fasa penciptaan bumi. Artikel ini membawa pembaca kembali kepada titik asal untuk memahami tanah yang diberkati dan bagaimana timur menjadi pusat warisan Bani Israel asal.

Sabtu, November 15, 2025
2,072 0

Bahagian 7 : Lokasi Masyarikal Ardh

Allah berfirman bahawa Bani Israel diwariskan tanah yang mempunyai pelbagai ufuk terbit dan tenggelam matahari. Frasa ini nampak mudah namun apabila dikaji secara mendalam ia membuka sebuah wilayah luas yang Allah sendiri gelarkan sebagai Masyarikal Ardh. Dalam bahagian ini pembaca dibawa menelusuri maksud sebenar frasa tersebut melalui analisis bahasa Arab Quran dan kajian geografi. Setiap lapisan hujah membawa kita lebih dekat kepada lokasi yang Allah kunci dengan ungkapan allatī bāraknā fīhā. Bahagian ini akan membuat pembaca melihat peta dunia dengan cara yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Khamis, November 20, 2025
1,892 0

Bahagian 8 : 14 Ciri-ciri Masyarikal Ardh

Kajian ini menghimpunkan empat belas ciri Masyarikal Ardh yang Allah sebutkan melalui ayat-ayat barokna. Setiap ciri diteliti melalui tadabbur yang ketat dan diuji pada landskap dunia sehingga hanya satu kawasan mampu menepatinya. Penemuan ini mungkin mengejutkan tetapi ia dibina sepenuhnya atas dalil Al Quran. Jika anda benar-benar ingin mengetahui bagaimana empat lokasi barokna akhirnya membentuk satu simpulan geografi yang membawa kepada Semenanjung Tanah Melayu anda perlu membaca keseluruhan penjelasan ini dengan hati yang terbuka.

Isnin, November 24, 2025
1,192 0

Bahagian 9 : Menjejak Tanah Yang Kami Berkati

Bahagian ini membawa pembaca masuk lebih dekat ke dalam lingkungan Masyarikal Ardh dan buat pertama kalinya fokus diberikan kepada satu frasa penting yang Allah sendiri kunci dalam ayatNya iaitu اللَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا. Penjelasan ini bukan sekadar kajian bahasa tetapi ia menentukan tanah sebenar yang menerima keberkatan Allah sejak zaman Bani Israel. Pembaca akan melihat bagaimana al Quran membimbing langkah demi langkah supaya kita tidak tersilap arah dan tidak terperangkap dalam tafsiran budaya. Jika anda ingin mengetahui apakah tanah yang diberkati dan bagaimana keberkatannya boleh dikesan dalam peta dunia hari ini maka bahagian ini adalah pintu masuknya.

Selasa, November 25, 2025
1,130 0

Bahagian 10 : 3 Tanda dan 4 Sifat Tanah Berkat

Bahagian 10 membawa pembaca masuk ke bahagian paling penting dalam pencarian tanah berkat kerana kita bukan sekadar menjejaki arah tetapi mula menilai apakah ciri yang Allah sendiri tetapkan kepada tanah itu. Dengan 14 ciri Masyārīqal Ardh sudah terkunci melalui ayat 7:137 dan kini disokong oleh 3 tanda serta 4 sifat barakah dalam al Quran pembaca akan melihat bagaimana wilayah mashāriq al ardḥ mula mengecil. Inilah titik perubahan yang membezakan antara dakwaan manusia dan penetapan wahyu.

Jumaat, November 28, 2025
795 0

Bahagian 11 : Perimeter Tanah Berkat Dalam Al Quran

Bahagian 11 membongkar perbezaan sebenar antara fiha dan hawlahu dalam ayat barokna supaya kita dapat membaca semula peta Tanah Berkat berdasarkan metod Al Quran bukan berdasarkan tradisi politik dan binaan manusia. Anda akan lihat bagaimana lima ayat barokna dan satu hadis Nabi Musa a.s. membentuk pusat dan perimeter Tanah Berkat yang luas di timur lalu menggoncang keyakinan bahawa Masjidil Aqsa mesti berada di Palestin. Jika anda mahu keluar daripada peta ciptaan manusia dan kembali kepada pemetaan Allah inilah bahagian yang anda tidak boleh abaikan.

Jumaat, November 28, 2025
1,040 2

Bahagian 12 : Ardhul Muqaddasah Bukan Warisan

Ardhul Muqaddasah hanya disebut sekali dalam seluruh al-Quran dan ia muncul tepat dalam Surah al-Māidah 5:21. Dalam satu ayat ini sahaja Allah memanggil sebuah qawm lalu memerintahkan mereka masuk ke tanah yang telah disucikan dan Allah menjelaskan bahawa tanah itu sudah ditetapkan untuk mereka. Namun ayat yang sama juga memberi amaran bahawa peluang boleh hilang apabila seseorang berpaling dan takut untuk melangkah. Jika anda selama ini menganggap Ardhul Muqaddasah adalah warisan keturunan atau sekadar nama lokasi di peta maka ayat ini memaksa kita berhenti dan membaca semula dari awal kerana ia sebenarnya ayat arahan dan ayat ujian.

Sabtu, Disember 13, 2025
543 0

Bahagian 13 : Di manakah Musa dan Kaumnya Ketika Perintah Masuk Ardhul Muqadassah Dikeluarkan?

Sebelum bertanya di mana Ardhul Muqaddasah berada, al-Quran terlebih dahulu memaksa kita bertanya satu soalan yang jauh lebih asas. Di manakah Nabi Musa dan kaumnya ketika perintah masuk itu dikeluarkan. Surah al-Māidah 5:21 tidak menceritakan perjalanan atau sejarah semata-mata. Ia merakam satu detik keputusan. Satu titik ambang di mana satu kaum berdiri di luar sebuah tanah yang telah ditetapkan untuk mereka. Sama ada melangkah masuk dan memikul amanah atau berpaling lalu menanggung akibat. Artikel ini membedah ayat tersebut melalui bahasa al-Quran sendiri untuk menentukan kedudukan sebenar mereka sebelum sejarah berubah arah.

Sabtu, Disember 13, 2025
575 0
Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (1):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.