Melaka Adalah Tanah Yang Dijanjikan

BAHAGIAN 8 : 14 CIRI-CIRI MASYARIKAL ARDH

1,192 0
Ongoing
Anggaran masa membaca
13 minit 41 saat

Melaka Adalah Tanah Yang Dijanjikan

Bahagian 8 : 14 Ciri-ciri Masyarikal Ardh


Dalam Bahagian 6 kita telah mengetahui tentang penciptaan langit dan bumi dan kita telah melihat bahawa ada bahagian khusus pada bumi ini yang diberikan keberkatan sejak awal penciptaan lagi. Tidak semua tanah di bumi mendapat taraf barokna iaitu “tanah yang Kami berkati”. Status ini sangat terhad dan hanya diberikan oleh Allah kepada kawasan tertentu sahaja.

Dalam Al Quran hanya ada empat lokasi yang disebut secara jelas sebagai kawasan barokna:

  1. Tanah yang mengelilingi Masjid al Aqsa. Rujuk Surah Al Isra’ 17:1.

  2. Tanah yang Allah bawa Ibrahim dan Luth kepadanya. Rujuk Al Anbiya’ 21:71.

  3. Tanah yang Allah wariskan kepada Bani Israel di timur dan barat bumi. Rujuk Al A‘raf 7:137.

  4. Tanah yang menjadi pusat kerajaan Saba’ dan kota-kotanya. Rujuk Saba’ 34:18 melalui konteks 34:15–19.

Kebanyakan orang melihat semua tanah ini sebagai lokasi yang berbeza dan terpisah, berselerak di sekitar Jazirah Arab. Namun apabila ayat-ayat ini ditadabbur melalui konteks, struktur geografi, dan pola barokna yang disebut berulang-ulang, kita akan dapati gambaran yang berbeza.

Saya menemui bahawa kesemua lokasi yang kelihatan terpisah itu sebenarnya mengarah kepada satu kawasan yang sama, iaitu kawasan yang paling selari dengan seluruh sifat-sifat barokna yang Allah sebutkan. Namun saya tidak mengajak anda mempercayai saya dan saya tidak menuntut sesiapa menerima kesimpulan ini.

Apa yang saya serukan ialah kembalilah bertadabbur dengan Al Quran, kerana seluruh kriteria yang digunakan dalam kajian ini datang daripada ayat-ayat Allah sendiri, bukan daripada pendapat peribadi saya. Jika anda melihat apa yang saya lihat, itu satu kurniaan dari Rabb untuk anda. Jika anda belum nampak, tidak mengapa. Tetapi sebelum membuat apa-apa keputusan, saya mohon agar anda meneliti dalil-dalil Al Quran dahulu dengan hati yang terbuka.

Walaupun berat untuk saya sebutkan, tetapi setelah saya menguji setiap ciri barokna yang Allah tetapkan dalam empat kelompok ayat tadi, ciri yang melibatkan geografi, ufuk matahari, sifat tanah, sejarah pewarisan dan konteks umat dahulu dan sekarang, saya meyakini bahawa kawasan yang paling tepat, paling konsisten dan paling selari dengan semua sifat tersebut tidak lain tidak bukan ialah Semenanjung Tanah Melayu.


Peringatan

Sebelum kita teruskan, saya ingin mengingatkan bahawa segala yang saya tuliskan di sini adalah hasil tadabbur yang disandarkan kepada semakan silang ayat-ayat Al Quran, pencarian konteks dan perbandingan yang mengambil masa panjang. Ini bukan tafsiran baru dan ini bukan pendapat peribadi. Kaedahnya hanya satu, iaitu menggunakan ayat Al Quran untuk menjelaskan ayat Al Quran tanpa memasukkan hawa nafsu atau pandangan sendiri.

Jika anda bersetuju, langkah terbaik bukanlah mengambil kata-kata saya tetapi kembalilah kepada ayat-ayat yang saya bawakan dan tadabburlah sendiri. Jika tidak mampu, bawalah ia kepada guru masing-masing dan ambillah penjelasan mereka, bukan semata-mata tulisan saya.

Jika anda tidak bersetuju, saya mohon berhati-hati dalam menzahirkan pandangan anda. Hasil tadabbur ini mungkin belum anda selami. Dikhuatiri jika apa yang saya tuliskan ini sebenarnya adalah maksud yang benar daripada ayat-ayat Al Quran, maka tanpa sedar anda telah menolaknya dan lebih berbahaya lagi jika anda memperolokkannya.



Dalam Bahagian 7 kita telah mengunci lokasi Masyarikal Ardh yang Allah kurniakan kepada Bani Israel melalui Nabi Musa. Kita telah menetapkan bahawa kawasan ini mesti berada di sebelah timur dalam lingkungan di antara garisan Sartan dan garisan Jadi, sebagaimana gambar yang telah dipaparkan di atas.

Kita juga telah mengetahui bahawa sempadan kiri Masyarikal Ardh berada sekitar Pulau Sandwip di Bangladesh. Namun sempadan kanannya masih belum dapat ditetapkan secara pasti kerana kekurangan maklumat geografi yang jelas. Secara privisional saya menetapkan ia sekitar Jurang Mariana.

Empat lokasi barokna yang saya sebutkan sebelum ini iaitu tanah di sekitar Masjid al Aqsa, tanah yang Allah perintahkan Ibrahim dan Luth pergi kepadanya, tanah warisan Bani Israel di timur dan barat bumi, serta tanah pusat kerajaan Saba’, semuanya berada dalam satu kawasan yang sama di dalam general area bernama Masyarikal Ardh.


Tujuan Penulisan Bahagian Ini

Penulisan ini bertujuan meneliti dengan lebih mendalam lokasi-lokasi barokna yang disebut dalam Al Quran dan mengesahkan kedudukannya berdasarkan tadabbur ayat serta struktur geografi yang telah kita bina dalam bahagian-bahagian sebelumnya.

Daripada analisis yang telah dibuat, sifat-sifat geografi bagi kawasan yang layak menjadi Masyarikal Ardh adalah seperti berikut:

  1. Kawasan ini mesti sepenuhnya berada di sebelah timur Mesir, iaitu kluster tengah tempat wahyu diturunkan dan perintah Allah diarahkan.

  2. Sempadan atas ialah garisan Sartan pada latitud +23.4° Utara.

  3. Sempadan bawah ialah garisan Jadi pada latitud –23.4° Selatan.

  4. Sempadan kiri ialah Pulau Sandwip, Bangladesh, pada longitud sekitar 91.45° Timur.

  5. Sempadan kanan (provisional) berada sekitar kawasan Jurang Mariana, dengan titik rujukan Challenger Deep pada longitud kira-kira 142.20° Timur. Sempadan ini bersifat sementara berdasarkan pembahagian bio-geografi (Wallace Line, Weber Line dan Lydekker Line) yang memisahkan blok Asia dan Australasia.

  6. Kawasan ini mesti mempunyai lebih daripada dua titik terbit matahari, selaras dengan tuntutan linguistik dan konteks ayat mashāriq.

  7. Kawasan tersebut mesti daratan, bukan lautan atau wilayah tanpa tanah kukuh.

  8. Kawasan itu mesti berpenghuni, bukan daerah kosong atau tidak sesuai didiami.

  9. Kawasannya mestilah tanah besar atau pulau yang besar, bukan gugusan pulau kecil yang terpisah-pisah.

  10. Jika ia pulau, ia mesti mempunyai jarak utara–selatan melebihi 29 km, iaitu jarak minimum untuk menghasilkan sekurang-kurangnya dua titik terbit matahari dalam lingkungan Sartan–Jadi.

  11. Kawasan itu mesti mampu memuatkan lokasi Masjidil Aqsa dalam kerangka keberkatan yang dinyatakan Allah.

  12. Kawasan itu mesti mampu memuatkan lokasi Ibrahim dan Luth sebagaimana disebut dalam ayat-ayat barokna.

  13. Kawasan itu mesti mampu memuatkan warisan timur dan barat Bani Israel sebagaimana dijelaskan dalam QS Al-A’raf 7:137.

  14. Kawasan itu mesti mampu memuatkan pusat kerajaan Saba’ dan kota-kotanya, iaitu salah satu titik barokna yang Allah sifatkan sebagai tanah yang diberkati.


Daripada keseluruhan empat belas ciri Masyarikal Ardh yang kita kumpulkan daripada ayat-ayat Al Quran, sebahagian besar daripadanya telah pun dijelaskan dalam Bahagian 6 dan Bahagian 7 melalui analisis terhadap penciptaan bumi, gerakan matahari, sempadan Sartan–Jadi serta kedudukan awal wilayah mashāriq.

Bahagian 8 ini ditulis khusus untuk menghuraikan ciri-ciri yang masih belum dijelaskan, iaitu ciri yang memerlukan penerangan tambahan seperti sempadan kanan, syarat teknikal titik terbit matahari, sifat daratan dan pulau, ukuran minimum jarak utara–selatan, serta keperluan memuatkan empat node barokna yang Allah sebutkan dalam Al Quran.

Saya berharap dengan anda sebagai pembaca, pengkaji dan khususnya pentadabbur Al Quran, dapat melihat bagaimana kesemua ciri ini saling melengkapkan satu sama lain sehingga membentuk kerangka penuh Masyarikal Ardh yang konsisten.


Mengapa Jurang Mariana dijadikan sempadan kanan (sementara)?

Pemilihan Jurang Mariana sebagai sempadan kanan Masyarikal Ardh adalah bersifat kajian sementara, bukan ketetapan muktamad. Jurang ini ialah salah satu titik paling dalam di muka bumi dan menjadi garis pemisah besar antara blok daratan dan sistem lautan yang sangat dalam. Di sebelah baratnya terbentang gugusan Nusantara dan blok Asia. Di sebelah timurnya pula bumi mula pecah kepada lautan luas dan rantaian pulau yang lebih kecil yang tidak lagi memenuhi ciri Ardh sebagai wilayah pewarisan Bani Israel.

Dari sudut sains bumi, para pengkaji biogeografi telah lama mengenal pasti beberapa garis pemisah seperti Wallace Line, Weber Line dan Lydekker Line yang membezakan dunia haiwan dan ekosistem Asia dengan Australasia. Garis-garis ini tidak selari tepat dengan Jurang Mariana tetapi semuanya menunjukkan satu hakikat yang sama, iaitu di sebelah timur Nusantara wujud satu “dinding” alam yang memisahkan dua blok besar ciptaan Allah.

Dalam kajian ini Jurang Mariana dijadikan sempadan kanan secara provisional kerana ia menandakan titik di mana struktur bumi dan taburan daratan mula berubah secara drastik. Selepas sempadan ini, kawasan yang tinggal lebih bersifat lautan dalam dan gugusan pulau kecil. Ia tidak lagi menepati sifat Ardh yang luas, berpenghuni dan mampu memuatkan rangkaian mashāriq dan maghārib sebagaimana yang diwariskan kepada Bani Israel. Jika di masa hadapan terdapat data geografi yang lebih tepat, sempadan ini boleh dikemaskini semula tanpa mengubah prinsip asas ayat.


Mengapa perlu lebih daripada dua titik terbit matahari?

Perkataan mashāriq ialah bentuk jamak kepada mashriq yang bukan sekadar “timur” tetapi membawa maksud “pelbagai tempat terbit matahari”. Ini bermakna kawasan yang Allah sifatkan sebagai Masyarikal Ardh bukan hanya mempunyai satu garis ufuk terbit matahari. Ia mesti mempunyai rentang ufuk yang cukup luas sehingga terbit matahari boleh dilihat dari beberapa zon yang berbeza sepanjang tahun.

Dari sudut pemerhatian, matahari tidak terbit di titik yang sama setiap hari. Ia bergerak di sepanjang ufuk di antara dua had utama yang ditentukan oleh garisan Sartan dan garisan Jadi. Maka kawasan yang wujud di antara dua garisan ini dan mempunyai rentang ufuk yang luas memenuhi maksud mashāriq. Sebaliknya pulau kecil dengan satu garis pantai yang pendek hanya melahirkan satu zon terbit matahari yang sempit. Ia tidak menepati makna jamak mashāriq yang Allah gunakan untuk menggambarkan kurniaan kepada Bani Israel.


Mengapa perlu daratan, bukan lautan kosong?

Perkataan al-ardh dalam bahasa Arab merujuk kepada daratan yang manusia pijak dan diami. Dalam banyak ayat ia dikaitkan dengan penempatan, tanaman, peradaban dan pewarisan. Lautan tidak termasuk dalam makna al-ardh dalam konteks pewarisan Bani Israel. Maka Masyarikal Ardh mestilah terdiri daripada daratan yang nyata, bukan lautan terbuka atau kawasan tanpa tanah kukuh.


Mengapa mesti berpenghuni dan sesuai didiami?

Allah menyebut bahawa kaum yang tertindas telah “diwariskan” wilayah mashāriq dan maghārib. Pewarisan ini tidak berlaku ke atas tanah mati yang tidak boleh dihuni. Ia berlaku ke atas wilayah yang sesuai untuk kehidupan, pertanian, perdagangan dan pembinaan tamadun. Bani Israel juga disebut Allah sebagai mewarisi bangunan Firaun. Rujuk artikel Adakah Firaun Ada Istana di Nusantara?

Oleh itu kawasan yang layak menjadi Masyarikal Ardh mestilah kawasan yang pada asalnya sesuai dihuni manusia, bukan gurun tandus yang mustahil menjadi pusat peradaban atau pulau kecil terpencil yang tidak boleh memuatkan umat dalam jumlah yang besar.

Mengapa mesti tanah besar atau pulau yang besar?

Apabila Allah menggunakan bentuk jamak mashāriq dan maghārib dalam rangka pewarisan kepada Bani Israel, ini menunjukkan adanya sistem ufuk terbit dan tenggelam yang berlapis-lapis dalam satu blok wilayah yang besar. Tanah besar atau pulau besar mampu memuatkan jaringan bandar, laluan dagang, kawasan pertanian dan pusat pemerintahan. Gugusan pulau kecil yang saling terpencil tidak mempunyai keupayaan struktur seperti ini.

Oleh itu, dalam kajian ini, pulau-pulau yang terlalu kecil dikeluarkan awal daripada senarai calon Masyarikal Ardh kerana tidak menepati fungsi pewarisan yang dinyatakan Al Quran.


Bagaimana angka 29 km ditetapkan sebagai jarak minimum?

Angka 29 km bukan angka magik dan bukan juga angka yang disebut dalam nas. Ia ialah anggaran teknikal minimum untuk membezakan dua zon terbit matahari dalam satu pulau yang berada di antara Sartan dan Jadi.

Secara ringkas, lilitan bumi di sepanjang garisan utara–selatan (meridian) ialah sekitar 40,075 km. Jika dibahagi kepada 360 darjah, satu darjah latitud bersamaan lebih kurang 111 km. Jika kita mengambil nilai sekitar satu perempat darjah sebagai pemisah praktikal antara dua zon, ia memberikan jarak kira-kira 27 hingga 30 km. Kajian ini mengambil nilai tengah yang mudah dirujuk iaitu 29 km.

Mana-mana pulau yang mempunyai jarak utara–selatan kurang daripada 29 km akan dilayan sebagai satu zon ufuk yang sama. Pulau seperti ini tidak mampu melahirkan variasi mashāriq yang signifikan. Sebaliknya pulau yang melebihi jarak ini mula menunjukkan perbezaan posisi terbit matahari yang jelas jika diukur sepanjang tahun. Dengan cara ini para pengkaji sendiri boleh mengambil peta, mengukur jarak utara–selatan mana-mana pulau dan menolak sendiri calon lokasi yang tidak menepati syarat ini.


Catatan penting tentang Masjid al Aqsa

Di sini saya tidak sedang menafikan kedudukan Palestin dalam sejarah Islam dan tidak juga menolak apa yang telah diketahui umum tentang Masjid al Aqsa dari sudut sirah, fiqh dan sejarah umat. Apa yang saya lakukan dalam kajian ini hanyalah extraction data daripada Al Quran, iaitu menyenaraikan semua ciri yang mesti wujud pada mana-mana kawasan yang mengaku berada dalam rangka “allatī bāraknā fīhā” yang berkaitan dengan Aqsa.

Oleh itu, apabila saya menyebut bahawa kawasan Masyarikal Ardh mesti mampu memuatkan lokasi Masjid al Aqsa, ia belum lagi satu pengisytiharan bahawa Aqsa berpindah ke timur atau seumpamanya. Ia hanya menetapkan bahawa mana-mana calon lokasi yang kita uji mesti sanggup menampung semua data Quran sekali gus tanpa bercanggah.

Anda sebagai pembaca, khususnya pengkaji, saya mohon agar menangguhkan sebarang kesimpulan peribadi sehingga keseluruhan siri ini dibaca dan dikaji terlebih dahulu. Pendapat peribadi saya hanya akan dinyatakan dengan jelas selepas semua data Al Quran diletakkan di hadapan bersama.


Dalil Quran untuk tiga kelompok barokna

a) Lokasi Ibrahim dan Luth

Al Quran menyebut secara jelas bahawa Allah menyelamatkan Ibrahim dan Luth ke satu bumi yang diberkati:

Dan Kami selamatkan dia dan Luth ke bumi yang Kami telah berkati padanya untuk seluruh alam.

(rujuk Al Anbiyā’ 21:71)

Ayat ini menjadi asas bahawa ada satu wilayah tertentu yang Allah sebut sebagai “al-ardh allati bāraknā fīhā” yang menjadi tujuan hijrah Ibrahim dan Luth. Dalam kajian ini wilayah itu dimasukkan sebagai salah satu node barokna yang mesti diambil kira dalam pemetaan Masyarikal Ardh.

b) Warisan timur dan barat Bani Israel

Dalam Surah Al A’raf, Allah menyebut:

Dan Kami wariskan kepada kaum yang tertindas itu daerah-daerah timur bumi dan baratnya yang Kami telah beri berkat padanya.

(rujuk Al A‘rāf 7:137)

Inilah ayat yang menjadi asas istilah Masyarikal Ardh kerana Allah menggabungkan mashāriq dan maghārib dengan frasa “allatī bāraknā fīhā”. Maka apa sahaja wilayah yang didakwa sebagai Masyarikal Ardh mesti menepati struktur ayat ini dari sudut geografi, fungsi pewarisan dan sifat barokna yang menyeluruh.

c) Pusat kerajaan Saba’ dan rangkaian kota

Al Quran menceritakan tentang kaum Saba’ yang diberikan nikmat besar dengan jaringan kota dan perjalanan yang aman:

Dan Kami adakan antara mereka dan negeri-negeri yang Kami berkati beberapa negeri yang nyata dan Kami aturkan perjalanan di antaranya…

(rujuk Saba’ 34:18, baca dengan konteks 34:15–19)

Dalam ayat ini “al-qurā allati bāraknā fīhā” merujuk kepada rangkaian negeri yang diberkati yang menjadi destinasi dagang dan perjalanan kaum Saba’. Dalam kajian ini node Saba’ dimasukkan sebagai satu lagi titik yang mesti boleh dimuatkan oleh kawasan Masyarikal Ardh supaya rangkaian barokna dalam Al Quran tidak terpecah kepada beberapa blok yang berasingan.


Penutup

Bahagian 8 ini adalah perincian kepada ciri-ciri Masyarikal Ardh yang masih belum dihuraikan dalam bahagian-bahagian sebelumnya. Di sini kita telah melihat bahawa setiap ciri yang digunakan untuk mengukur sesuatu kawasan bukanlah datang daripada pendapat manusia, bukan hasil andaian geografi dan bukan juga tafsiran budaya. Semuanya mesti datang melalui disiplin tadabbur ayat demi ayat yang Allah sendiri bentangkan dalam al-Quran.

Kita telah melihat bagaimana empat kelompok barokna yang Allah sebutkan iaitu tanah di sekitar Masjid al Aqsa, tanah hijrah Ibrahim dan Luth, tanah pewarisan Bani Israel di timur dan barat bumi serta tanah berkat bagi kerajaan Saba’ bahawa semuanya harus wujud dalam satu rangka besar yang Allah namakan sebagai mashāriq al-ard dan maghāribahā. Kesemua ini bukan serpihan maklumat yang terpisah, tetapi arahan yang membawa kita kepada satu struktur geografi yang sangat khusus.

Kita juga telah melihat bahawa syarat-syarat Masyarikal Ardh tidak boleh direka dan tidak boleh diubah sesuka hati. Ia perlu menepati kedudukan matahari, rentang ufuk Sartan–Jadi, sifat daratan, kewujudan penduduk, keluasan tanah, pemisah bio-geografi, serta kemampuan kawasan itu memuatkan node barokna yang Allah sebutkan. Apabila seluruh ciri ini disusun, kita mendapati bahawa dunia ini tidak mempunyai banyak kawasan yang mampu memenuhi ketetapan yang amat ketat ini.

Namun saya ulangi sekali lagi untuk anda bahawa seluruh perbincangan ini bukanlah ajakan untuk mempercayai saya. Saya tidak meminta kesetiaan kepada pendapat saya, kerana pendapat saya bukan matlamat. Apa yang saya serukan hanyalah satu iaitu kembalilah kepada al-Quran. Maka, telitilah ayat-ayat yang saya bawakan dan tadabburlah sendiri dengan hati yang jujur lagi ikhlas. Jika anda melihat apa yang saya lihat, itu kurniaan Allah kepada anda. Itu tanda Allah sayang anda dan syukurlah banyak-banyak. Jika anda belum nampak, bersabar dan teruskan membaca sehingga siri ini selesai.

Walaupun Bahagian 8 ini menutup perincian tentang syarat-syarat Masyarikal Ardh tetapi pencarian kita belum selesai. Masih ada persoalan yang jauh lebih besar menunggu kita berupa apakah sifat barokna yang Allah maksudkan dalam allatī bāraknā fīhā dan apakah ciri-ciri tanah itu sehingga Allah mengangkatnya sebagai pusat pewarisan umat-umat terdahulu?

Dengan izin Allah, dalam bahagian berikutnya kita akan menyelami maksud barokna dengan lebih mendalam. Di situ kita akan melihat bagaimana Allah sendiri meletakkan tanda, pola dan petunjuk yang tidak dapat dipadamkan oleh sejarah manusia atau ditipu oleh Iblis dan Dajjal.


Sokongan Kajian

Penulisan ini adalah kajian eksklusif milik BAZ di laman web:
https://beritaakhirzaman.com

Sekiranya anda ingin terus menyokong kajian dan kupasan eksklusif seperti ini, anda boleh membuat tajaan secara sukarela di pautan berikut:
Klik untuk support kami

Sistem sokongan pembaca dijalankan melalui akaun ahli di laman web BAZ.

Log Masuk Ahli: https://member.beritaakhirzaman.com/login

Pendaftaran Ahli (Percuma): https://member.beritaakhirzaman.com/register

 

Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (0):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.