Melaka Adalah Tanah Yang Dijanjikan

BAHAGIAN 1 : KEROSAKAN AGAMA YAHUDI DAN NASRANI DALAM TEMPOH TERPUTUS KENABIAN

1,796 0
Ongoing
Anggaran masa membaca
4 minit 13 saat

Melaka Adalah Tanah Yang Dijanjikan

Bahagian 1 : Kerosakan Agama Yahudi dan Nasrani Dalam Tempoh Terputus Kenabian


Selepas Nabi Isa diangkat, tidak ada Rasul yang membawa syariat baharu dalam tempoh yang panjang. Ini ialah fatrah. Fatrah bermaksud suatu tempoh panjang di mana tiada Rasul baru diutus untuk memperbaharui syariat, menyebabkan wahyu masih ada tetapi kefahaman manusia terhadapnya menjadi lemah dan kabur.


Kerosakan Agama Yahudi Dalam Tempoh Fatrah

Dalam tempoh tersebut Kaum Yahudi masih memiliki Taurat, tetapi ia dibaca dalam bentuk tradisi ulama, bukan dalam bentuk hidayah yang menjelaskan realiti.

Penafsiran agama sudah tentu dikuasai oleh rabbi-rabbi. Maka hukum agama berubah menjadi peraturan sosial dan kupasan fiqh yang rumit.

Soal aqidah mula bercampur dengan unsur ritual setelah pembuangan ke Babilon. Mereka melihat diri mereka sebagai kaum pilihan, bukan semata-mata sebagai hamba Allah.

Walaupun Taurat masih ada asasnya, tetapi fungsi Al Kitab hidayah itu melemah kerana menjauhi Al Kitab menjadikan manusia diselaputi kebutaan kepada zikr dan ketulian kepada wahyu Allah.


Kerosakan Agama Nasrani Dalam Tempoh Fatrah

Kaum Nasrani pula tetap mengingati ajaran Isa, tetapi bentuk ajaran itu berubah melalui konsensus gereja. Beberapa konsep baru diperkenalkan, termasuk menjadi Isa sebagai “anak Tuhan”, doktrin triniti, penyucian asal dosa.

Kita Injil yang berlegar ialah riwayat kehidupan Nabi Isa, bukan kitab syariat lengkap seperti Taurat.

Jadi, walaupun ajaran Isa masih disebut, tetapi asal ajaran tidak kekal dalam bentuk agama sebenar.


Dua Punca Kerosakan Agama

Kerosakan agama dalam tempoh ini sebahagiannya berpunca daripada kejahatan dan ketamakan manusia sendiri. Golongan yang memiliki ilmu agama mula menggunakan kedudukan mereka sebagai alat mendominasi, memiliki pengaruh, menguasai ekonomi dan merajai politik. Mereka mempertahankan kedudukan dengan mengubah tafsiran wahyu Allah untuk memastikan kuasa kekal di tangan mereka. Maka agama hilang daripada tujuan pengabdian kepada Allah dan berubah menjadi struktur kepentingan kelompok.

Kerosakan agama juga berlaku kerana wujudnya fitnah besar daripada Dajjal yang telah mempengaruhi sejarah agama sejak awal. Dajjal bekerja dengan menyalurkan keraguan, mencipta ajaran yang menyerupai wahyu Allah dan menanam kepercayaan palsu ke dalam kepercayaan manusia. Ini berlaku dengan izin Allah sebagai satu bentuk ujian untuk membezakan mereka yang mencari kebenaran dengan tulus daripada mereka yang hanya mengikut masyarakat dan hawa nafsu tanpa tabayyun.


Persamaan Kerosakan Yahudi dan Nasrani

Mari kita lihat apakah persamaan yang berlaku pada Yahudi dan Nasrani dalam tempoh fatrah.

Yahudi memiliki kitab yang dinamakan Taurat manakala Nasrani memiliki kitab yang dinamakan Injil. Dalam masa fatrah ini, ajaran Yahudi berubah bentuk menjadi ajaran para Rabbi manakala ajaran Nasrani berubah menjadi doktrin gereja. Kedua-duanya melibatkan penguasaan ahli agama.

Apa yang orang Yahudi hilang adalah kefahaman kepada wahyu walaupun wahyu ada bersama mereka. Nasrani mula kehilangan tauhid mereka dan berubah  daripada mempercayai Allah Yang Esa kepada tauhid yang berbeza. Kedua-dua mereka menjadi demikian kerana mereka diselaputi oleh kebutaan dan ketulian dalam diri akibat menolak ayat-ayat Allah. Rujuk QS Al Kahfi 18:101.

Sekiranya kita perasan, agama Yahudi memiliki teks-teks agama yang bagus, manakala agama Nasrani pula memiliki kisah-kisah sejarah yang baik. Namun apa yang terganggu adalah, Yahudi kehilangan petunjuk sedangkan Nasrani kehilangan arah dalam beribadah. Kedua-duanya masih wujud sebagai agama, tetapi bukan dalam bentuk wahyu yang jelas dan konkrit.


Seruan Allah Melalui QS Al Maidah 5:19

Pada ketika agama Yahudi dan Nasrani berada dalam keadaan kabur inilah Allah menjelaskan kedatangan Nabi Muhammad SAW:

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ عَلَىٰ فَتْرَةٍ مِنَ الرُّسُلِ أَن تَقُولُوا مَا جَاءَنَا مِن بَشِيرٍ وَلَا نَذِيرٍ فَقَدْ جَاءَكُمْ بَشِيرٌ وَنَذِيرٌ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Wahai Ahli Kitab, telah datang kepada kamu Rasul Kami untuk menjelaskan kepada kamu pada suatu masa terputusnya pengutusan para rasul, agar kamu tidak berkata, “Tidak datang kepada kami sesiapa yang membawa khabar gembira dan tidak pula pemberi peringatan.” Maka sesungguhnya telah datang kepada kamu pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan. Dan Allah berkuasa atas segala sesuatu.

Al Maidah 5:19

Di sinilah datangnya Nabi Muhammad SAW sebagai mana dinyatakan dalam ayat QS Al Maidah 5:19 ini. Ayat 5:19 menjelaskan bahawa Allah mengutus Nabi Muhammad untuk mengembalikan kefahaman wahyu kepada agama Yahudi dan Nasrani.

Nabi Muhammad SAW juga datang untuk menjelaskan perkara yang mereka perselisihkan. Nabi Muhammad juga diutuskan untuk menutup alasan bahawa tiada lagi utusan selepas Nabi Isa a.s.

Inilah maksud hujung ayat 5:19 di mana selepas ayat ini turun, kedua-dua kaum tidak boleh lagi berkata bahawa mereka tidak menerima khabar gembira atau peringatan. Ini adalah khabar gembira sekaligus peringatan kepada Yahudi dan Nasrani kerana Taurat asalnya benar begitu juga Injil asalnya benar. Tetapi kefahaman kedua-duanya telah kabur. Maka Allah menghantar Rasul terakhir untuk membetulkan kembali panduan itu melalui Al Quran.

Oleh yang demikian saya menulis perkara ini untuk menjelaskan bahawa janji Allah kepada Ahlil Kitab itu benar dan saya ingin menjelaskan janji-janji Allah itu kepada mereka termasuklah bahawa Melaka dan seluruh Nusantara itu tanah yang dijanjikan untuk mereka dan Yahudi serta Nasrani lah yang wajib mempertahankan Melaka serta seluruh kota-kota dalam kedaulatannya melalui Islam kerana Islam itu telah datang kepada Yahudi dan Nasrani selepas terputusnya kenabian.


Sokongan Kajian

Penulisan ini adalah kajian eksklusif milik BAZ di laman web:
https://beritaakhirzaman.com

Sekiranya anda ingin terus menyokong kajian dan kupasan eksklusif seperti ini, anda boleh membuat tajaan secara sukarela di pautan berikut:
https://member.beritaakhirzaman.com/sponsorship/create/pengurusan-dan-pembangunan-platform-baz

Sistem sokongan pembaca dijalankan melalui akaun ahli di laman web BAZ.

Log Masuk Ahli:
https://member.beritaakhirzaman.com/login

Pendaftaran Ahli (Percuma):
https://member.beritaakhirzaman.com/register

Disampaikan oleh BAZ (B.A.Z Administrator)
Kongsikan:
Tinggalkan komen
Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Contoh: https://mywebsite.com

Komen (0):

Paling Popular

Dengan mengklik "Terima Semua Kuki", anda bersetuju untuk menyimpan kuki pada peranti anda bertujuan untuk mempertingkatkan navigasi laman sesawang, menganalisis penggunaan laman sesawang dan membantu dalam sebarang usaha pemasaran.